Tahniah!! Kristian Sudah Boleh Masuk Campur Urusan Islam Di Selangor - pakdin.my

khalid ibrahim-anwar ibrahim

DUA keputusan Exco Selangor semalam – memperketat SOP JAIS dan memulangkan Bible yang dirampas, adalah bukti jelas bahawa kerajaan Selangor hari ini dikuasai sepenuhnya oleh pelampau Kristian.

Cakap pasal perketat SOP JAIS, maksud lain baginya ialah JAIS kini perlu akur pada Exco Selangor (ada di kalangan anggotanya bukan Islam). Cakap mudahnya, hasil dari keputusan mesyuarat semalam, bukan Islam sudah boleh masuk campur urusan Islam melalui kuasa Exco ke atas JAIS.

Semua ini boleh berlaku hanya dengan 4 orang dari golongan pelampau dan bakinya orang Islam bodoh yang mudah diperalatkan dalam Exco Selangor, dah cukup menjadikan kerajaan negeri itu pro Kristian.  Yang jalan tugas ikut undang-undang kena tegur, yang langgar undang-undang, lepas bebas macam itu saja.

Keputusan itu bukan sahaja menunjukkan Exco beragama Islam Selangor jadi tolol dungu patuh dibawah telapak kaki pelampau Kristian, malah dalam masa sama berani pula melanggar titah Sultan Selangor yang melarang orang bukan Islam dari menggunakan kalimah Allah dalam apa-apa penerbitan dan majlis mereka.

Enakmen 1988 negeri Selangor sendiri pun memperuntukkan perkara yang sama, orang bukan Islam dilarang dari menggunakan 35 perkataan Arab, antaranya kalimah Allah dan jelasnya Bible yang dirampas itu mengandungi semua perkataan yang dilarang itu.

Hairan, bagaimana Exco boleh buat tindakan yang berlawanan dengan titah ketua negeri dan undang-undang dalam negeri itu sendiri.  Tapi jadi tak hairan kerana kita tahu kekuatan pembangkang di Selangor adalah berasaskan undi orang cina beragama Kristian, waima di kawasan yang PAS menang pun.

Sebab itu Salehin Mukhyi pun ikut jadi dungu, kalau tak 13% cina dalam DUN Sabak beri undi solid pada dia, boleh ke menang dalam PRU13 hari tu, mimpila.

Ini bukan kali pertama yang berlawanan dengan Islam dan undang-undang negeri dirampas, kemudiannya diarah untuk dipulangkan semula kepada pemiliknya berlaku di Selangor.

2008 dulu, arak yang dirampas dari kedai menjualnya di Shah Alam (pada waktu itu Shah Alam tidak dibenarkan untuk menjual arak), diarahkan untuk dipulangkan semula oleh Ronnie Liu selaku Exco bertanggungjawab (Ronnie Liu adalah seorang Kristian).

Kini Bible pulak.

Bagaimanapun, selain campur tangan bukan Islam di dalam hal ehwal Islam.  yang tidak kurang penting kepada penulis sekarang ialah kerajaan Selangor nampaknya bersama-sama dengan pelampau Kristian, cuba mengalih perhatian dari isu sebenar yang membawa kepada serbuan tersebut – cubaan menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.

Sebab itu yang diperbesarkan ialah prosedur JAIS, rampasan bible dan sebagainya, sedangkan soal penyebaran agama Kristian di kalangan orang Islam (dengan menggunakan Bible bahasa Melayu), langsung tidak disentuh dalam mesyuarat Exco semalam.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMATahniah!! Kristian Sudah Boleh Masuk Campur Urusan Islam Di Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium