Penduduk Sungai Miak bantah kerajaan Pas ambil tanah - pakdin.my

GUA MUSANG 18 Jun – Lebih 50 penduduk Kampung Sungai Miak, di sini membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan mengambil tanah yang telah mereka usahakan sejak 20 tahun lalu dan memberikannya kepada sebuah syarikat swasta dari Johor untuk ladang kelapa sawit.

Tuan Ibrahim Tuan Soh, 50, berkata, penduduk berharap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dapat campur tangan supaya syarikat itu menghentikan tindakan menebang pokok di tanah seluas 40 hektar yang diusahakan mereka.

“Kita harap ada kalangan pemimpin kerajaan negeri dapat datang dan berbincang secara baik untuk mencari jalan penyelesaian supaya penduduk tidak menanggung kerugian besar,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Nor Ab Rahman, 53,berkata beliau tidak percaya lagi dengan janji syarikat itu untuk menghentikan kerja menyodok tanah penduduk kerana sebelum ini juga mereka pernah beberapa kali membuat janji seumpama itu, tetapi kerja menyodok diteruskan juga.

“Seboleh-bolehnya penduduk mahu tuntut ganti rugi di atas kemusnahan tanaman berikutan kerja menyodok tanah oleh syarikat terbabit. Selain itu, tanah yang diusahakan penduduk sejak tahun 1990 itu juga hendaklah diserahkan balik supaya dapat mengusahakan semula kebun getah untuk pendapatan masa depan,” katanya

 

UTAMABERITAPenduduk Sungai Miak bantah kerajaan Pas ambil tanah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium