Sembilan Pekerja Syarikat Pembersihan Parah Berhampiran Susur Keluar Jalan Pantai Baru - pakdin.my

kemalangan-lembah-pantai

Sembilan penumpang sebuah pacuan empat roda parah apabila kenderaan dinaiki meraka terbabas sebelum terhumban ke arah laluan motosikal di ibu negara pagi tadi.

Ketika kejadian, semua lampu isyarat rosak menyebabkan kenderaan mangsa dipercayai cuba melepasinya.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 6.40 pagi tadi di persimpangan lampu isyarat susur Jalan Pantai Baru.

Kenderaan Mitsubishi Pajero ini dinaiki lapan wanita dan seorang pemandu dalam perjalanan dari pantai dalam menuju Brickfields.

Kenderaan ini dipercayai cuba membelok ke kanan sebelum bertembung dengan sebuah lori.

Akibatnya, pacuan empat roda ini hilang kawalan sebelum terbabas.

Semua penumpang yang tersepit di dalam kenderaan dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan orang ramai.

Mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk rawatan lanjut.

 

UTAMABERITASembilan Pekerja Syarikat Pembersihan Parah Berhampiran Susur Keluar Jalan Pantai Baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium