Sultan pun kena tangkap?

sultan-melaka-ditangkap

Raja Noor Jan Shah Dakwa Diri ‘Sultan Melaka’ Ditahan Polis

MELAKA: Polis pada Selasa menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya ‘Sultan Melaka’ bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi Selasa ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali “Kesultanan Melayu Melaka”.

“Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai ‘Sultan Melaka’ dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

Shah Gzali Khan berkata siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.

“Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Array

TERKINI

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...

Dr Mahahir lindungi Muhyiddin daripada didakwa – Razlan

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razlan Rafii mendakwa berlaku pendakwaan terpilih ketika pentadbiran Mahathir Mohamad, susulan laporan Muhyiddin Yassin dikatakan menerima dana daripada Ultra...

Benarkah Muhyiddin sedang di rawat ketika dikatakan menerima wang dari UKSB?

"Saya sedang rawat kanser. Tak mungkin terima sogokan" Katanya, ini kerana antara Jun hingga Ogos 2018 beliau menjalani pembedahan kanser dan kemudian mengambil cuti selama...

[Video] Tragedi 15 rumah terbakar di Petagas

PUTATAN: Lebih 10 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Contoh, Petagas, di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata...

[Video] DUA pelajar pondok di temui terapung dalam keadaan berpelukan

KOTA BHARU: Dua pelajar sebuah pondok di Pasir Tumboh di sini, yang hilang di Sungai Machang, Limbat, petang semalam ditemukan lemas, jam 8.40 pagi...