Persimpangan Bertingkat Sg Buaya Siap Jun 2013 - pakdin.my

 

Prinsip BN kata dikota, janji dilaksana.

Setelah menang Pilihanraya Kecil DUN Hulu Selangor tahun lalu satu lagi janji di buat Perdana Menteri ketika kempen – di penuhi.

Pembinaan Persimpangan Bertingkat menghubungkan Sungai Buaya dengan Lebuhraya Utara Selatan bakal dibina dijangka dibuka kepada lalu lintas pada 2013.

Hadir di majlis pecah tanah projek itu pagi tadi Datuk Shaziman Abu Mansor.

Bernilai 100 juta ringgit pembinaannya akan memendekkan jarak perjalanan sedia ada sehingga 32 kilometer.

DATUK SHAZIMAN ABU MANSOR / MENTERI KERJA RAYA
Dan hari ini jelas membuktikan bukti testemoni kerajaan barisan nasional yang tradisinya membela rakyat sebenarnya dari segi tradisi membela rakyat ni, bukanlah sebab hanya projek persimpangan bertingkat atau interchange sungai buaya ni tradisi membela rakyat kerajaan barisan nasional telah berlaku dari dulu, sejak kita merdeka

Siap dua tahun lagi projek akan memberi manfaat kepada lebih 110 ribu penduduk sekitar selain merancakkan pembangunan infrastruktur yang akan mengembangkan pembangunan sosio-ekonomi daerah utara Selangor itu.

Melaluinya juga nilai hartanah di kawasan terbabit akan meningkat sehingga 40 peratus.

Pelaksanaan janji ini disambut gembira penduduk.

DATUK RUSLEE HASHIM / PENGERUSI J/KUASA PENDUDUK SG. BUAYA
Inilah sifat keprihatinan kerajaan barisan nasional apabila dia janji dia kotakan janjinya, jadi rakyat melihat bahawasanya kerajaan malaysia ni adalah kerajaan yang cukup baik yang telah lama membuat kebajikan kepada rakyat keseluruhannya, hari ini terbukti.

Secara keseluruhannya – kerajaan merancang pembinaan dua lagi persimpangan bertingkat di Lebuhraya Utara Selatan di Alor Pongsu, Perak dan Bukit Gambir, Johor.

 

UTAMABERITAPersimpangan Bertingkat Sg Buaya Siap Jun 2013

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium