Kes Tumbuk Kamalanathan: Pemuda Tak Boleh Pertahan Tindakan Agresif – @Khairykj - pakdin.my

korban-puchong

Setuju lah dengan pandangan KJ tetapi kami juga tidak boleh nak berjanji boleh pertahankan Kamalanathan sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor. UMNO tidak boleh berbuat apa-apa kalau pengundi atas pagar sudah menolak Kamalanathan

Kami juga menentang perbuatan Kamalanathan yang mengguris hati kami orang Islam yang berlaku di bulan Ramadhan apabila belia tanpa usul periksa menyebelahi ibubapa murid yang jelas bersifat perkauman dan menghina guru besar berbangsa melayu sambil mengaitkan dengan ibadah puasa. Lihat sini dan sini

Kami juga menentang sekeras-kerasnya perbuatan Kamalanathan yang menyebelahi Saravanan yang menghina ibadah korban di SK Puchong Jaya. lihat sini dan disini

Kami juga hairan mengapa surat tnjuk sebab diminta ketika kes sedang dalam siasatan kerana takut tunjuk seba tersebut digunakan oeh pihak tertentu (agen Kamalanathan?) untuk memutarbelit kes. lihat sini

Perbuatan beliau menghina agama dan kaum melayu ada ko peduli ke KJ?

 

Kes Tumbuk Kamalanathan: Pemuda Tak Boleh Pertahan Tindakan Agresif – Khairy

Pemuda Umno tidak boleh mempertahan tindakan seorang anggotanya menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan P.Kamalanathan baru-baru ini, kata Ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, apa jua sebab atau tekanan yang dihadapi anggota berkenaan iaitu Penolong Setiausaha Pemuda Umno Hulu Selangor Muhammad Rizuan Suhaimi, tindakan agresif seperti itu tidak boleh diambil terhadap Kamalanathan atau sesiapa sahaja.

“Dia ada berjumpa dengan saya dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya insiden itu. Saya terima penjelasan itu namun apapun sebabnya, kita tidak bolehbertindak secara fizikal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau harga di Pasar Borong Kuala Lumpur.

Khairy berkata, surat tunjuk sebab yang diminta Pengurusan Umno ialah bagimembolehkan Muhammad Rizuan menyatakan versi beliau berhubung insiden itu danmenyerahkan kepada proses disiplin parti untuk meneliti kes berkenaan.

Pada 12 Januari lepas, Kamalanathan ditumbuk seorang lelaki di pejabat wakilrakyat itu selepas satu program di kawasan Hulu Selangor.

UTAMAPOLITIKKes Tumbuk Kamalanathan: Pemuda Tak Boleh Pertahan Tindakan Agresif - @Khairykj

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium