UtamaGAYA HIDUPAGAMASJKC Paksa Guru Muslim...

SJKC Paksa Guru Muslim Buka Tudung, Bukan Tak Faham Tapi Mencabar @MuhyiddinYasin @PKamalanathan - pakdin.my

Apa tindakan Yilek!Dalam Lembaga Pengurusan Sekolah tersebut tiada ahli MCA?

suratwanita

Berita seorang guru wanita Muslim berbangsa Cina yang dipaksa buka tudung oleh seorang pengetua dan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah selain keselamatannya diancam sekiranya enggan berbuat begitu, begitu menarik perhatian banyak pihak, khususnya umat Islam. Ini merupakan satu lagi episod yang menghiris hati umat Islam memandangkan dari sehari ke sehari, umat Islam terus ditekan, diperlekehkan dan dihina dengan pelbagai cara.

Tudung, hijab, niqab atau apa-apa sahaja sebutan yang diberikan kepada perbuatan menutup kepala, rambut, tengkuk dan sebahagian dada, seringkali dilihat sebagai perbuatan yang mengundurkan tamadun manusia oleh golongan yang sangat anti dengan Islam. Islam seringkali dilihat sebagai sebuah agama yang mendidik umatnya untuk terus hidup dalam dunia purba dan menyekat kemajuan dunia.

Perbuatan menutup aurat, terutama di kalangan wanita, dianggap sebagai menyekat kebebasan wanita. Wanita diberikan tanggapan, lebih kurang pakaian di badan, lebih bebaslah mereka. Sebarang usaha menampilkan kesopanan dikatakan jumud dan ketinggalan.

Sebenarnya itu bukanlah budaya masakini, sebaliknya budaya yang telah diterapkan dari zaman dahulu untuk mengeluarkan manusia daripada fitrah semulajadi iaitu MALU.

Islam amat menjaga maruah setiap individu. Disebabkan itulah, Islam menggariskan kod tataetika berpakaian dan memandangkan wanita seringkali menjadi mangsa nafsu, maka penekanan diberikan kepada wanita untuk melindungi wanita daripada dimangsakan.

Tindakan seorang pengetua sebuah sekolah vernakular dan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah memaksa seorang guru muslim berbangsa Cina menanggalkan tudung selain mendatangkan ugutan kekerasan, seharusnya dipandang serius. Ia berlaku di dalam sebuah negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi, baik di peringkat negeri mahupun di peringkat Persekutuan. Ada peruntukan-peruntukan khas untuk Islam dan umatnya sama ada dalam undang-undang tubuh negeri mahupun Perlembagaan Persekutuan.

Kes ini sebenarnya bukanlah kes terpencil. Sudah acap kali berlaku tetapi apabila ia berlaku melibatkan sekolah dan sistem pendidikan, ada sesuatu yang perlu dilakukan bagi membetulkan semula keadaan ini.

Ada pihak yang dengan bangganya berkata, perbuatan tersebut adalah disebabkan oleh kejahilan selain menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional kerana gagal mendidik masyarakat bukan Islam untuk memahami atau memisahkan antara budaya dengan tuntutan agama.

Setelah 56 tahun merdeka, dengan ceramah Islam di sana sini, dengan penyebaran agama Islam secara rasmi menerusi pelbagai medium maklumat terutama sekali media elektronik, selain wujud pula pendidikan agama Islam di sekolah-sekolah, tidak sepatutnya alasan tersebut ditimbulkan oleh pihak terbabit. Kejahilan tentang Islam di Malaysia tidak seharusnya wujud kerana umat Islam di Malaysia adalah majoriti dan setiap program rasmi Kerajaan akan dibuat berdasarkan budaya Islam. Begitu juga dengan cara berpakaian umat Islam, seharusnya telah menerangkan sesuatu kepada kaum bukan Islam mengapa umat Islam berpakaian seperti itu.

Yang menjadi masalah sebenarnya, mereka bukan jahil tetapi mereka sengaja mencabar umat Islam. Mereka mencabar pihak berkuasa Malaysia. Mereka mencabar undang-undang dan mereka juga mencabar peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia serta undang-undang tubuh negeri. Semuanya berlaku kerana mereka tahu, tindakan yang dikenakan ke atas mereka kesan daripada perbuatan menghina Islam adalah sangat minimum, malahan ada sesetengahnya yang dilepaskan begitu sahaja kerana menuturkan perkataan MAAF dan SAYA TIDAK TAHU atau SAYA MAIN-MAIN DAN TIDAK BERNIAT JAHAT.

Agak aneh, sebelum lima tahun kebelakangan ini, kes-kes sebegini tidak muncul atau kurang diperkatakan. Malahan bukan Islam boleh pula menerima pemakaian tudung kerana ia dianggap sebagai salah satu daripada hiasan kepala wanita Melayu dan kalau ada wanita bukan Melayu memeluk agama Islam, mereka juga akan berpakaian Melayu seperti baju kurung dan bertudung atau paling tidak pun berselendang.

Sekaligus ini sebenarnya menunjukkan, pengetua sekolah dan ahli lembaga pengelola sekolah vernakular tersebut, sebenarnya tidak sahaja memandang jijik kepada Islam, tetapi juga kepada kaum mereka yang memeluk Islam kerana memeluk Islam bererti masuk Melayu. Masuk Melayu bererti meninggalkan bangsa Cina. Dan meninggalkan bangsa Cina bererti, satu perbuatan yang hina.

Perbuatan menghina Islam ini akan berterusan kerana dendam dan politik. Apatah lagi golongan yang menghina Islam itu pula mendapat sokongan daripada segelintir umat Islam sendiri yang mewajarkan tindakan mereka kononnya mereka jahil tentang Islam dan kejahilan itu membuatkan mereka tidak bersalah!

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...