UtamaNASIONALMentafsir ‘Kesederhanaan’

Mentafsir ‘Kesederhanaan’ - pakdin.my

Sumbangan untuk memastikan blog ini terus bersiaran: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Saifudin bersama Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli
Saifudin bersama Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli

Dalam perasmian Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global atau International Conference on Global Movement of Moderates (ICGMM) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17-19 Januari 2012, Dato’ Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global atau Global Movement of Moderates Foundation (GMMF).

Secara dasarnya, GMMF menyeru negara anggota agar mengamalkan kesederhanaan serta menolak dan mengecam pelampau di negara masing-masing.

Yayasan ini diterajui oleh Dato’ Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Eksekutif GMM, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Sejak dari awal perlantikannya lagi Saifuddin telah memperlihatkan sikap ‘tidak senang’ dengan NGO yang mewakili orang-orang Melayu, iaitu PERKASA.  Saifuddin langsung tidak berselindung dalam menggambarkan pendapatnya terhadap NGO itu yang dianggapnya ekstrem.

Dalam kenyataan akhbarnya sempena penubuhan GMM pada September 12, 2012, beliau mengingatkan PERKASA bahawa tiada pihak yang boleh mendapat 100% apa yang mereka mahukan di negara ini.  Saifuddin juga mengingatkan PERKASA bahawa NGO itu tidak mewakili pendapat majoriti rakyat.  Perjuangan PERKASA untuk memartabatkan bangsa Melayu dikatakan tidak menepati slogan kesederhanaan.

Namun, di masa yang sama Saifuddin secara tidak langsung menyentuh pihak ekstremis Cina Dong Zong, dengan menyatakan bahawa pintu rundingan masih terbuka mengenai Dasar Pendidikan Nasional.  Saifuddin langsung tidak mengecam Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari aspirasi negara.  Saifuddin juga tidak menganggap Dong Zong ekstrem walaupun jelas pertubuhan itu ingin mengukuhkan keCinaan bangsanya yang mana amat bertentangan dengan slogan kesederhanaan.

Benar, bahawa PERKASA tidak mewakili majoriti rakyat tetapi Dong Zong pula jelas mewakili hanya segelintir rakyat.  Justeru, adalah tidak wajar bagi GMM untuk mengambil sikap berpihak dalam menyatakan pendapat.  Apatah lagi memilih untuk berpihak kepada minoriti yang kecil.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Saifuddin atau GMM, PERKASA, Dong Zong, dan mungkin juga sekalian rakyat atau pemimpin negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza-beza mengenai ‘moderation’ (kesederhanaan). Kita yakin, ramai yang keliru antara ‘sederhana’ dengan ‘kebebasan’,  dan kemudiannya keliru pula antara ‘kebebasan’ dengan ‘kebebasan total’.

Baru-baru ini pula, Saifuddin atau GMM memilih untuk menyokong COMANGO serta mengecam tindakan mengharamkan gabungan itu.  Ini adalah bukti bahawa tafsiran Saifuddin/GMM mengenai ‘kesederhanaan’ adalah berbeza dengan tafsiran majoriti rakyat negara ini.

Ini tidak mengejutkan kerana antara personaliti yang menerajui GMM ialah Datuk Seri Wong Chun Wai, CEO akhbar The Star yang giat menikam belakang UMNO.

Selain GMM, Suhakam dan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) juga dilihat menyokong COMANGO atas alasan ‘kesederhanaan’.   Menurut semua pihak ini, pengharaman COMANGO adalah keterlaluan dan tidak menepati slogan kesederhanaan Perdana Menteri dan juga perjuangan hak asasi manusia.

Bagi GMM, COMANGO, MKPN dan juga SUHAKAM serta rangkaian pembangkang iaitu SUARAM atau BERSIH, ‘kesederhanaan (moderation)’ tidak mungkin dapat dilaksanakan secara tuntas selagi negara ini berpaksikan kepada agama Islam dan bersandarkan kepada perlembagaan yang dikuncikan dengan Hak Istimewa Melayu.

Bagi majoriti rakyat, dan akar umbi UMNO sendiri yang menjadi tunjang kerajaan pula, ‘kesederhanaan (moderation)’ adalah memberi ruang kepada semua bangsa dan agama untuk mengamalkan budaya dan ibadah masing-masing tanpa sekatan di samping meletakkan Islam di tempat teratas sejajar dengan perlembagaan negara. Dalam kata lain, tidak diubah apa-apa mengenai perlembagaan dan undang-undang negara.

Untuk membuat keputusan mengenai pendapat siapa yang perlu diikut atau pendirian siapa yang benar dan tepat mengenai apa itu ‘bersederhana’ tentulah sukar dan hampir mustahil.

Pastinya, pihak yang bersama GMM merasakan pendirian mereka tepat dan penentang mereka adalah kolot, ketinggalan atau bodoh.

Manakala pihak majoriti Melayu Islam di negara ini pula merasakan pendirian merekalah yang tepat dan penentang mereka sebagai jahil, sesat atau kafir.

Justeru, inilah ditekankan agar pihak kerajaan memberi tafsiran yang tepat mengenai apa itu ‘kesederhanaan’ yang dilaungkan dan ke mana arah tujuan negara ini?  Apakah kerajaan benar-benar ingin mengubah struktur sosial dan identiti negara?   Apakah Malaysia sedang menuju ke liberalisasi dan tidak lagi ingin berpegang kepada agama Islam sebagai agama rasmi?

Sementara itu, inilah juga diingatkan bahawa perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan hala tuju negara ialah, keamanan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat.

Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa perlembagaan negara yang bertunjangkan agama Islam dan Hak Istimewa Bumiputera telah memperlihatkan kejayaan yang besar.  Kita pernah dinobatkan sebagai Harimau Asia dengan bersandarkan kepada perlembagaan yang sama.  Hak Istimewa Bumiputera juga membantu kita mengatasi ancaman ekstremis Cina sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Malah, perlembagaan yang sama juga yang memberi peluang kaum Cina untuk menguasai ekonomi negara ini.

Penganut agama lain tidak pernah dihalang untuk beribadah, malah setiap perayaan mereka juga diiktiraf sebagai cuti umum yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh minoriti di negara lain di dunia.  Mereka juga diberi hak untuk mencetak dan mengedar akhbar dalam bahasa masing-masing serta mempunyai sekolah berasingan, yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh minoriti di negara lain di dunia.

Jelas, tidak ada kepincangan dalam kesederhanaan yang kita amalkan malah terlebih-lebih pula.  Malaysia sudah cukup sederhana dan kesederhanaan itulah yang meletakkan kita di mana kita berada pada hari ini.

Bagi yang melihat ‘kesederhanaan’ diamalkan Malaysia belum lengkap atau tidak tepat, kita ingin bertanya, apakah wajar kita memperjudikan kehidupan yang baik ini untuk mencuba ‘kesederhanaan’ mengikut tafsiran mereka?

Berbaloikah kita mengambil risiko membuat perubahan bagi memuaskan hati segelintir dari kumpulan minoriti?  Ingatlah, bahawa Kristian hanya mewakili 9% dari rakyat, dan dari jumlah itu pula tidak semuanya menyokong tuntutan menggunakan nama ‘Allah’ dalam Injil berbahasa Melayu.  Dan golongan yang mengamalkan LGBT pula tidak mungkin melebihi 5% pun.

Berapa ramai pula yang ingin sangat untuk murtad?  Sepuluh?  Dua puluh orang?

Wajarkah kita menggadaikan keamanan negara bagi memuaskan hati segelintir manusia ini?   Bukankah Saifuddin, sebagai Ketua Eksekutif GMM sendiri menyatakan bahawa kita tidak boleh menunaikan 100% kehendak satu-satu golongan itu dan tidak semua orang akan 100% berpuas hati?

Minoriti telah mendapat kuasa ekonomi dan majoriti mendapat kuasa politik yang menentukan identiti negara ini.  Sebarang ‘pengurangan’ kuasa ke atas mana-mana sektor wajarlah berlaku secara seimbang.  Jika satu pihak membolot kedua-dua kuasa maka ia akan bermakna kehancuran pihak yang lagi satu.

‘Kesederhanaan’ yang kita amalkan merupakan formula terbaik untuk negara ini.  Biarpun majoriti menentukan hala tuju dan identiti negara tetapi selagi minoriti dapat hidup sejahtera, malah mewah pula, maka kita sebenarnya tidak punya masalah apa-apa.

Jika tiada masalah, kenapa perlu dicari masalah?

Hakikatnya, kesederhanaan yang kita amalkan adala tepat dan GMM sendiri wajib mencerna hakikat ini sebaik-baiknya.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s