Penyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar di arah turun pentas sebab bertudung - pakdin.my

Marinatasha Isnariah Mustapar2

Selesai kontroversi diskriminasi ke atas seorang guru mualaf, Choi Yi Shan, 25, diarah membuka tudung semasa mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan ina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat, Johor, seorang penyanyi membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada jam 2.40 pagi Isnin kerana terhina dimalukan dengan dihalau turun pentas kerana memakai tudung.

Marinatasha Isnariah Mustapar, 33, yang sepatutnya menyanyi bersama band Rufus mendakwa diarahkan turun daripada pentas ketika majlis makan malam sebuah syarikat pemaju hartanah yang berpusat di Plaza Damas, Sri Hartamas.

“Saya rasa sangat malu kerana sudah bersiap sedia mengambil tempat di atas pentas dengan mikrofon. Saya terpaksa mengemaskan buku nota lirik dan membawa turun bersama note stand,” jelas Marina yang kecewa diaibkan di hadapan lebih kurang seratus tetamu.

Insiden arahan berbaur diskriminasi perkauman oleh Pengarah Kewangan CASTMET, Shannon Yong itu berlaku jam 8.00 malam Ahad sejurus sebelum Marina membuat persembahan sempena Majlis Makan Malam Tahunan CASTMET 2014 di Roof Lounge, Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara.

Menurut Marina lagi, Shahnon ada menemuinya sebelum acara berlangsung meminta dicari penyanyi ganti yang tidak bertudung untuk menjayakan persembahan namun itu mustahil dilakukan pada saat akhir persembahan sudah hendak bermula.

“Semasa saya mengadakan latihan bersama pemuzik di studio Plaza Damas pada 16 Januari lalu, wakil CASTMET ada bersama dan mereka tidak pernah (bangkitkan) isu mengenai tudung yang saya pakai.

“Hanya semasa hari majlis tersebut (malam Ahad), Shahnon menimbulkannya atas alasan tidak sesuai, sedangkan ada tetamu yang datang berhijab.”

Marina, bekas pelajar Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang muzik dan vokal berkata ini pertama kali beliau menjadi mangsa diskriminasi perkauman setelah 12 tahun bergiat dalam bidang nyanyian.

Beliau menyifatkan tindakan pegawai syarikat berkenaan itu sebagai satu penghinaan terhadap agama dan kepercayaannya sebagai seorang Muslim.

“Malah Amerika Syarikat pun sudah menerima penyanyi Malaysia berhijab seperti Yuna. Apa masalah kita di Malaysia? Yang menyanyi mulut saya bukan tudung saya!” tegas Marina.

Artis Akademia Fantasia 8, Zafarina Jamhari atau Farina yang muncul dalam persembahan selepas itu bersimpati dengan Marina lalu mengundang beliau naik ke atas pentas bagi menyanyikan dua buah lagu, “Someone Like You” dan “Price Tag”.

“Saya lihat tetamu tiada sebarang masalah dengan penampilan saya berhijab. Malah Pengerusi kumpulan syarikat CASTMET, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor turut meminta saya menyanyi lagu tambahan,” jelas Marina.

Namun Marina mendakwa beliau selepas itu dipanggil keluar dewan oleh Shannon dan dimarahi kerana menerima pelawaan Farina untuk menyanyi dalam keadaan bertudung.

Setelah melepaskan kemarahannya, Shannon meninggalkan Marina bersama Penolong Pengurus Pembangunan CATMET, Jaharudin Abdul Malek untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Jaharudin mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lanjut atas alasan beliau bukan pihak yang berautoriti ketika dihubungi MySuara.net iaitu portal berita MySuara FM, sebuah Radio Internet ‘live’ tempatan.

UTAMAPOLITIKPenyanyi Marinatasha Isnariah Mustapar di arah turun pentas sebab bertudung

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium