Isu @AzminAli & PKNS Makin Mengelirukan: Azmin Tetap Gugur, GM & Setiausaha Ditukar Serta Merta – @Khalid_Ibrahim - pakdin.my

Jaws of danger: Khalid (right) could be courting danger after removing Azmin from the PKNS board. The Selangor Mentri Besar is pictured here hamming it up at a wax museum.
Jaws of danger: Khalid (right) could be courting danger after removing Azmin from the PKNS board. The Selangor Mentri Besar is pictured here hamming it up at a wax museum.

Isu mengenai kedudukan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali sebagai anggota Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) semakin mengelirukan apabila Menteri Besar menegaskan penguggurannya adalah kekal seperti yang diputuskan badan itu sebelum ini.

Azmin telah digugurkan sebagai anggota lembaga pada 8 Januari kononnya atas kehendak pengurus besar perbadanan tersebut.

Namun begitu pihak media difahamkan bahawa Azmin pada Sabtu lalu telah menerima sepucuk surat daripada PKNS yang menyatakan yang kedudukannya sebagai anggota lembaga pengarah telah dikembalikan berkuatkuasa 16 Januari lalu.

Adalah difahamkan, surat satu paragraf yang dihantar kepada Azmin itu antara lain menyebut bahawa PKNS telah menerima arahan daripada kerajaan negeri untuk membatalkan keputusan menguggurkannya sebagai anggota lembaga pengarah pada 8 Januari itu dan mengembalikannya ke dalam lembaga bermula 16 Januari.

Bagaimanapun, Azmin kemudiannya dimaklumkan pula yang dia tidak perlu menghadiri mesyuarat lembaga pengarah PKNS pada jam 3 petang Isnin atas arahan pejabat menteri besar.

Dan pada lewat petang Isnin, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu sidang akhbar khas berhubung isu ini telah memaklumkan bahawa PKNS dalam mesyuarat lembaganya membuat keputusan untuk mengekalkan arahan pengguguran Mohamed Azmin seperti yang diarahkan Pengurus Besarnya, Othman Omar pada 8 Januari lalu.

“Kedudukan Ahli Lembaga Pengarah PKNS berkenaan kekal (digugurkan) bagi mengelakkan sebarang komplikasi perundangan,” katanya.

Selain itu Abdul Khalid juga berkata, kerajaan negeri turut membuat keputusan untuk menggugurkan Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek daripada perbadanan itu berkuat-kuasa Isnin sehingga siasatan dalaman mengenai kontroversi ini selesai.

“Bagi melaksanakan siasatan menyeluruh adalah amat sukar jika kedua-duanya masih bertugas di PKNS.

“Justeru setiausaha kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan kedua-dua pegawai ini ditukarkan sementara ke ibu pejabat SUK bermula hari ini (Isnin),” ujarnya.

Tambah Abdul Khalid, antara perkara yang perlu disiasat ialah mengenai bagaimana surat pemecatan Mohamed Azmin dikeluarkan oleh Othman tanpa pengetahuannya selaku pengerusi PKNS.

Isu pengguguran Mohamed Azmin menjadi hangat apabila kerajaan negeri dan PKNS menuding jari antara satu sama lain.

Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam membuat keputusan menggugurkan Mohamed Azmin dan menjelaskan perkara itu dicadangkan Othman yang mahu menamatkan khidmat Ahli Parlimen Gombak itu pada penghujung bulan ini.

Bagaimanapun kenyataan Menteri Besar itu disangkal oleh Norita yang memaklumkan kuasa melantik anggota lembaga pengarah adalah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dipengerusikan Abdul Khalid dan bukan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) Enakmen Penubuhan PKNS.

Norita turut berkata, pengguguran Mohamed Azmin itu juga disahkan oleh MMKN pada Disember lalu.

Tetapi kemudian pada Khamis, 16 Januari, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula cuba campur tangan dengan mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa pengugguran jawatan Azmin itu adalah tidak sah dan menganggap yang Azmin masih kekal sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

UTAMAPOLITIKIsu @AzminAli & PKNS Makin Mengelirukan: Azmin Tetap Gugur, GM & Setiausaha...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium