Telco perlu turun kos caj penggunaan telefon – Ahmad Shabery Chek - pakdin.my

 shabery-chek-sungai-tengi-2

KUALA KUBU BHARU – Kerajaan mahu syarikat-syarikat telekomunikasi (Telco) mencari jalan untuk menurunkan kos caj penggunaan telefon bagi mengurangkan beban kenaikan kos hidup rakyat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata demikian pada majlis di Felda Sungai Tengi di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat telekomunikasi yang diberi lesen oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam mengumumkan keuntungan yang besar, pada masa yang sama patut mengumumkan juga untuk mengurangkan kos.

“Sepatutnya ada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang lebih besar (kepada masyarakat) selain membina menara-menara komunikasi di luar bandar, pada masa sama mereka mesti umumkan pengurangan kos,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Felda Sg Tengi dalam program bersama komuniti di sini, hari ini.

Ahmad Shabery berkata kerajaan komited untuk terus memberikan kemudahan akses Internet dengan apa cara sekalipun kepada masyarakat di seluruh negara termasuk di kawasan pedalaman.

Beliau berkata ia didorong dengan perubahan teknologi yang semakin pantas yang perlu dimanfaatkan rakyat agar tidak ketinggalan dalam mendapatkan sesuatu maklumat dengan cepat dan tepat.

“Adalah menjadi dasar kerajaan, apabila disebut kurangkan subsidi pada sesetengah benda, ini supaya duit itu dapat buat macam-macam perkara, contohnya, mewujudkan pusat Internet di kawasan pedalaman,” kata Ahmad Shabery.
Beliau mengingatkan bahawa kemajuan sesebuah negara diukur melalui komunikasi.
Beliau memberikan contoh, “kalau dahulu yang ada telefon cuma orang kaya, ketua kampung, atau menggunakan telefon awam, kini semua orang termasuk kanak-kanak mempunyai telefon.”

“Teknologi komunikasi seperti jalur lebar dan Internet mengukur kemajuan sesebuah negara. Kalau tiada, orang akan cakap ‘tidak macam di tempat saya’ atau malas balik kampung sebab tiada Internet,” katanya.

Mengulas mengenai program Pusat Internet 1Malaysia, Ahmad Shabery berkata terdapat 424 pusat sedemikian dibina di seluruh negara.

Pusat itu merupakan program SKMM yang menyediakan capaian Internet jalur lebar di kawasan terpilih dan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun lalu.

shabery-chek-sungai-tengi

shabery-chek-sungai-tengi-3

 

UTAMATelco perlu turun kos caj penggunaan telefon - Ahmad Shabery Chek

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium