Adakah DAP disebalik kejadian ceroboh majlis Hari Australia? - pakdin.my

anti-lynas-hari-australia

Adakah pembangkang khususnya DAP semakin biadap dan kurang ajar apabila mereka menceroboh dan  bertindak di luar kawalan dengan menganggu majlis sambutan Hari Australia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Rabu malam.

DAP perlu beri penjelasan kenapa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack menimbulkan kekecohan di majlis itu jika tujuan asalnya untuk meminta kerajaan Australia membatalkan projek Lynas, Kuantan.

Wong Tack dan beberapa aktivis terbabit yang dapat masuk ke dewan tempat sambutan hari kemerdekaan Australia terus buat bising melaungkan slogan penutupan projek Lynas itu. 

Kekecohan ini terpaksa dileraikan oleh Pengurus Keselamatan Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia, Llyold Laughlin. 

Portal pro pembangkang melaporkan insiden tersebut dengan gambaran kononnya kumpulan terbabit dilarang masuk ke majlis itu yang dikatakan turut ditaja Lynas..

Hasil perbincangan dua pihak itu akhirnya mereka dibenarkan berada di luar dewan tanpa melakukan sebarang gangguan terutama kepada tetamu yang hadir di majlis itu. 

Tindakan bodoh pembangkang ini hanya memalukan negara dan seharusnya mereka perlu bertindak dengan lebih bijak dan bertanggungjawab. 

Pencerobohan biadap itu jelas didalangi ahli DAP tersebut dengan sokongan 30 aktivis yang berkumpul di kawasan air pancut KLCC sebelum berarak masuk ke pusat konvensyen. 

Mereka berkumpul kononnya  untuk membawa suara aktivis itu yang ingin pihak Australia membatalkan projek Lynas di Kuantan.

Untuk rekod, pada Julai dan November tahun lalu, kumpulan diketuai Wong Tack pernah berdemo atau berkemah depan ibu pejabat Lynas di Syedney ketika isu bantahan Lynas memuncak.

Dengan tindakan terbaru ini, semakin terserlah kebiadapan dan kurang Wong Tack dan DAP.

Perbuatan tersebut tentu akan menjejaskan hubungan Malaysia dengan negara Kanggaro itu.

Sedangkan sebelum ini, masyarakat Cina termasuk di Malaysia kerap,menjadikan Australia negara pilihan mereka untuk berhijrah, melancong serta menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran.

Kejadian Rabu petang itu hanya membuktikan sikap pembangkang beraja di mata dan bersultan di hati dalam sesetengah perkara tanpa memikirkan kesannya terhadap rakyat dan negara.

Ahad lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga cuba memberi gambaran buruk kerajaan Malaysia kepada Jepun apabila beliau dilarang memasuki negara itu tanpa visa.

UTAMAPOLITIKAdakah DAP disebalik kejadian ceroboh majlis Hari Australia?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium