Status Tian Chua Ditentukan Minggu Depan - pakdin.my

 

Di Dewan Rakyat, jika selama ini Tian Chua sangka hukuman denda RM2,000 atau penjara 2 bulan kerana kes gigit telinga anggota polis tidak jejaskan statusnya sebagai wakil rakyat, nampaknya kini kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen Batu belum tentu selamat.

Kekal atau dilucutkan akan ditentukan minggu depan.

Ia selepas Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kemukakan notis usul mengenainya di Dewan Rakyat..

DATUK IBRAHIM ALI / AHLI PARLIMEN PASIR MAS ( BEBAS )
Saya minta YDP buat ruling dan buat keputusan, sebab saya tidak mahu Dewan Rakyat ini dihina dan apabila ada keputusan yang disebutkan.

TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA / YANG DIPERTUA DEWAN RAKYAT
Saya telah pun baca apa yang dikatakan oleh hakim sewaktu dibIcarakan di mahkamah tinggi, keputusan hakim di mahkamah appeal, dan sekarang ini parlimen juga telah secara offical berhubung dengan penasihat undang-undang negara untuk memberi pandangan pada kita, apa yang patut kita buat. Dan InsyaAllah minggu depan rulling terhadap perkara ini.

UTAMABERITAStatus Tian Chua Ditentukan Minggu Depan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium