Empat Anak Pasangan Malaysia Pulang Ke Tanah Air - pakdin.my

Diserah Kepada Keluarga Angkat Beragama Islam

STOCKHOLM: Empat anak pasangan Malaysia, yang ditahan pihak berkuasa Sweden kerana didakwa memukul tangan anak lelaki mereka yang enggan solat, berlepas pulang ke Malaysia pagi Jumaat.

Aishah Azizul Raheem, 14 dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7,berlepas pulang pada 6.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia) bersama-sama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Mereka dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Sabtu, kata Hamzah ketika dihubungi Bernama sebelum berlepas pulang.

Duta Malaysia ke Sweden Datuk Badruddin Ab Rahman mengucapkan selamat jalan kepada mereka di lapangan terbang di sini.

Pada Khamis, anak-anak Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal itudiserahkan kepada Kedutaan Malaysia di sini oleh pihak berkuasa Sweden dalamsatu majlis di pejabat kedutaan.

Mereka kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.

Selepas 42 hari terpisah daripada ibu bapa mereka, keempat-empat beradik itujuga dipertemukan dengan saudara mara mereka dari Malaysia pada majlis itu.

Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam di sini berikutan penahanan Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia dan Shalwati, guru yang bercuti tanpa gaji, pada 18 Dis lepas.

Pihak pendakwaan juga memperoleh perintah mahkamah untuk melanjutkan tahananreman terhadap Azizul Raheem selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Feb ini bagimembantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Difahamkan, mahkamah sama akan bersidang hari ini bagi memutuskan penahanan reman terhadap Shalwati.

Tahanan reman Azizul dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak merekaditahan.

Tiada had penahanan reman di Sweden

 

UTAMABERITAEmpat Anak Pasangan Malaysia Pulang Ke Tanah Air

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium