MB Selangorgor Nafi Terlibat Dalam Kenyataan Faekah Mengenai Isu PRK Kajang - pakdin.my

Twitter-Faekah

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari Sabtu menafikan penglibatannya dalam kenyataan bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin, yang dikatakan membidas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Abdul Khalid berkata kenyataan Faekah menerusi akaun Twitter tidak mewakili beliau secara rasmi sama sekali sebab ia bukan daripada Pejabat Menteri Besar.

“(Kenyataan Faekah dalam Twitter) bukan mewakili saya, Yang mewakili saya ialah kenyataan akhbar rasmi (daripada Pejabat Menteri Besar).

“SMS (khidmat pesanan ringkas) dan komunikasi menerusi internet (media sosial) bukan kenyataan rasmi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama penyokong bola sepak Selangor di kediaman rasmi Menteri Besar, di sini.

Abdul Khalid mengulas kenyataan Faekah itu yang seolah-olah membidas Anwar susulan perkembangan kerusi DUN Kajang yang dikosongkan oleh Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Jan lepas.

Faekah yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) dilaporkan meminta ahli politik dari luar Selangor agar belajar terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan dan kenyataan.

“Ahli politik di luar Selangor, belajarlah Perlembagaan negeri, proses dan prosedurnya. Jangan menghina Sultan dan jangan terlalu yakin dengan diri sendiri,” katanya dalam akaun Twitternya semalam.

Khabar angin bertiup kencang kononnya Abdul Khalid akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor bagi memberi laluan kepada Anwar menggantikannya, susulan Anwar diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi DUN Kajang.

Lee, yang meletakkan jawatannya pada 27 Jan lepas, dilaporkan sebagai berkata bahawa keputusan itu dibuat “demi kepentingan bersama dan bertujuan memperkukuh keupayaan Pakatan memberi khidmat kepada rakyat.”

UTAMAPOLITIKMB Selangorgor Nafi Terlibat Dalam Kenyataan Faekah Mengenai Isu PRK Kajang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium