IPOH: Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Hutan Melintang, S Kesavan yang didakwa meletak jawatan sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui surat dihantar pada 2 Januari lalu menafikan perkara itu.
Beliau akan membuat sidang akhbar berhubung penafian itu dan surat dihantar kepada speaker dewan undangan negeri Perak sebelum ini.
Beliau memberitahu surat itu adalah palsu dan tandatangan pada dokumen itu tidak sama dengan miliknya.
Dia mendakwa masih berdiri teguh di belakang PKR.