Harga 24 barang keperluan berbeza – 1pengguna.com - pakdin.my

price-watch

Harga barang keperluan harian bagi 24 barangan terpilih berbeza di 881 premis di seluruh negara berdasarkan pemantauan ’Price Watch’ yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Menurut kenyataan kementerian tersebut hari ini, barang keperluan itu merangkumi barang basah dan kering seperti buah-buahan, ikan dalam tin (sardin), cili kering leper (tidak bertangkai), ikan bilis, mee kuning, marjerin, sos cili, milo, serbuk kopi, serbuk teh dan serbuk kari ikan.

Buah betik di Perak berharga RM2.10 sekilogram berbanding RM3.60 sekilogram di Terengganu. Buah tembikai merah tanpa biji dijual RM2 sekilogram di Kelantan dan Melaka manakala di Pahang RM3.30 sekilogram.

Harga nanas di Sabah adalah RM4.10 sebiji berbanding RM2.50 sebiji di Perlis, Kedah, Kuala Lumpur, Pahang dan Kelantan.

Bagi ikan dalam tin (sardin) pula dijual pada harga RM6.40 bagi 425 gram di Sabah berbanding RM7.10 di Putrajaya. Harga ikan bilis Gred B (saiz sederhana) adalah RM16.70 sekilogram di Perlis dan Kelantan, manakala di Labuan RM26.50 sekilogram.

UTAMAEKONOMIHarga 24 barang keperluan berbeza - 1pengguna.com

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium