BEERSIH 2.0 – PAS dianggap munafik bantu Ambiga - pakdin.my

 

 

Bukti PAS gagal mentarbiahkan sekutu bukan islam mereka tetapi mereka pula yang ditarbiah oleh sekutu kafirnya.

KUALA LUMPUR: PAS dianggap sebagai parti Islam yang munafik kerana sanggup membantu Datuk Ambiga Sreenevasan yang dikatakan menentang Islam serta bekerjasama dengan kumpulan ahzab bagi menjatuhkan kerajaan dipimpin umat Islam pada perhimpunan haram 9 Julai nanti.

Oleh itu PAS diminta mengambil iktibar daripada peristiwa perjuangan Nabi Muhammad SAW yang menentang kumpulan ahzab ketika perang politik di Madinah, jika benar parti itu memperjuangkan Islam.Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Mohd Noor Deris, berkata kumpulan ahzab adalah gabungan kumpulan menentang pentadbiran Islam termasuk di kalangan pemimpin Islam munafik.

“Saya minta pemimpin PAS mengambil iktibar bagaimana Nabi Muhammad berjuang mempertahankan Madinah daripada perbuatan jahat kumpulan ahzab yang anggotai puak Yahudi dan Kristian dari dalam dan luar yang bekerjasama dengan Abdullah bin Ubai bagi menjatuhkan kerajaan Islam Madinah.

“Hari ini tindakan parti yang bekerjasama dengan PAS sama seperti kumpulan ahzab, iaitu cuba menjadikan masjid sebagai alat untuk memecah belahkan perpaduan umat Islam. Perarakan itu adalah satu ajaran sesat yang cuba dibawa parti pembangkang,” katanya.

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - PAS dianggap munafik bantu Ambiga

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium