KUALA LUMPUR 26 Jun – Datuk Lee Chong Wei merangkul kejuaraan keempat Terbuka Indonesia selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Hoeg Gade 21-11, 21-7 di Istora Senayan Jakarta.
Pemain nombor satu dunia itu merupakan satu-satunya pemain negara yang beraksi di peringkat akhir kejohanan tersebut mudah menewaskan lawan yang berada di ranking kelima dunia.
Terdahulu pasangan China, Cai Yun dan Fu Haifeng menewaskan pasangan senegara Chai Biao dan Guo Zhendong 21-13 dan 21-12 untuk menjuarai acara beregu lelaki.
Kecemerlangan China itu diteruskan oleh pemain perseorangan wanita mereka Wang Yihan yang menewaskan pemain India, Saina Nehwal dengan tiga set iaitu 12-21, 23-21 dan 21-14. –