10 Outlet KR1M Di Lembah Klang Akan Jual Sayur & Ikan Mulai Mac - pakdin.my

kr1m-ikan-sayur

Outlet Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Lembah Klang akan mula menjual sayur-sayuran dan juga ikan bermula 1 Mac ini.

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, buat permulaan 10 buah outlet KR1M akan memulakan penjualan sayur dan ikan.

“Pada masa ini outlet KR1M hanya menjual barangan-barangan kering termasuk makanan dalam tin tetapi pihak kementerian mahu mereka menawarkan perkhidmatan yang lebih baik jadi kita perkenalkan sayur-sayuran dan juga ikan,” katanya.

Menurut beliau sebahagian besar barangan yang dijual di KR1M biasanya 30% hingga 50% jauh lebih murah dari kedai biasa atau pasar raya.

Pihak kementerian katanya kini sedang berbincang dengan Fama dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam usaha untuk memasarkan barangan segar seperti sayur dan lain-lain ke outlet KR1M.

“Jika dapati projek pertama ini berjaya, kita mungkin akan mengembangkannya kepada semua 126 outlet KR1M di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini.

Ahmad Bashah juga memaklumkan yang pihak kementerian bercadang untuk membuka 60 lagi outlet KR1M tahun ini.

Perancangan kerajaan katanya ialah untuk memastikan setiap kawasan parlimen sekurang-kurangnya mempunyai satu outlet KR1M.

“Objektif KR1M ialah untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat ekoran kenaikan kos kehidupan khususnya di kawasan bandar,” ujarnya lagi.

UTAMAEKONOMI10 Outlet KR1M Di Lembah Klang Akan Jual Sayur & Ikan Mulai...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium