SYABAS: Rafizi Ramli akan disaman - pakdin.my

Untuk rekod: Kerajaan Selangor memegang30% kepentingan didalam SYABAS melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad (“KDEB”) dan  Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (“KPS”)

RAFIZI…ada laman dan blog yang melabel beliau “poyo”
RAFIZI…ada laman dan blog yang melabel beliau “poyo”

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini membuat keputusan ingin mengambil tindakan mahkamah terhadap Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan ‘fitnah dan tidak benar’ mengenai tanggungjawab mencegah pencemaran sungai serta empangan.

“Pihak SYABAS ingin menegaskan bahawa kenyataan YB Rafizi Ramli adalah tidak tepat dan tidak berasas. Tugas memastikan tiada pencemaran pada sungai dan empangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab kerajaan negeri Selangor.

“Justeru itu, pihak SYABAS akan mengambil tindakan undang-undang terhadap YB Rafizi Ramli kerana telah menfitnah SYABAS dengan kenyataan yang tidak benar sama sekali,” kata SYABAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataa media itu dikeluarkan menerusi Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred.

Malah kenyataan Rafizi seolah-olah menuduh SYABAS melakukan sabotaj.

“SYABAS seolah-olah membuat serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dengan menganggu bekalan air yang berterusan,” kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan.

Antara perkara utama yang dibidas Rafizi ialah tindakan SYABAS yang didakwanya menyalahkan faktor semulajadi termasuk kemarau sebagai punca krisis air di negeri itu sekarang.

Kata Rafizi, alasan SYABAS bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan jika berlakunya hujan tidak boleh diterima.

Rafizi turut memaklumkan mahu membangkitkan perkara itu di sidang Parlimen akan datang selain menggesa SYABAS mengambil tindakan secepat mungkin dengan menggunakan proses kimia.

Rafizi berkata demikian dalam satu sidang media berkaitan dengan penutupan loji rawatan air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi pada 28 Januari 2014 akibat pencemaran ammonia di sumber air mentah Sungai Langat.

UTAMAPOLITIKSYABAS: Rafizi Ramli akan disaman

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium