Juruwang Stesyen Minyak Di Jalan Tampin, Seremban Maut Ditikam Perompak - pakdin.my

Juruwang Stesyen Minyak Di Jalan Tampin maut

Di Seremban, Negeri Sembilan, seorang juruwang sebuah stesyen minyak maut selepas ditikam perompak malam tadi.

Kejadian berlaku di sebuah stesyen minyak Jalan Tampin, Seremban, kira-kira jam 10 malam.

Mangsa dikenali, Aris Sulaiman, 64 tahun.

Menurut polis, suspek yang bertopi keledar dikatakan masuk ke kedai serbaneka di stesyen minyak terbabit dan berpura-pura hendak membeli air minuman.

Dia kemudianya ke kaunter bayaran lalu menghunuskan sebilah pisau.

Mangsa kemudianya diarah menyerahkan semua wang yang ada.

Bagaimanapun tiba-tiba suspek menikam dada mangsa yang menyebabkannya rebah.

Suspek kemudianya melarikan diri dengan sebuah motosikal bersama wang rompakan kira-kira RM1,500.

Mangsa yang maut ditempat kejadian kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Zainal Abu mengesahkan kejadian dan siasatan polis dibuat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Juruwang Stesyen Minyak Di Jalan Tampin, Seremban Maut. Terdapat 3 Kesan tikaman

Sementara itu Anak mangsa, Rohaizat Aris berkata berdasarkan bedah siasat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban terdapat tiga tikaman pada dada mangsa.

Rohaizat ditemui sewaktu menuntut jenazah bapanya di hospital.

Rohaizat anak sulung mangsa tidak menyangka ayahnya akan ‘pergi’ meninggalkan ibu dan tiga adik beradik yang lain dalam keadaan menyayat hati.

Mereka sekeluarga berharap pihak polis dapat menangkap suspek dan segera dibawa ke muka pengadilan bagi dikenakan hukuman setimpal.

Jenazah Aris dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Senawang selepas zuhur.

 

UTAMABERITAJuruwang Stesyen Minyak Di Jalan Tampin, Seremban Maut Ditikam Perompak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium