Dua Beradik Maut Dirempuh Kereta Di Kuala Krai

0
499
http://youtu.be/pYaj3BnnwIM
http://youtu.be/pYaj3BnnwIM
http://youtu.be/pYaj3BnnwIM

Dua beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka telah dirempuh oleh kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Kemalangan berlaku di Kuala Krai, Kelantan kira-kira jam 7.30 pagi tadi.

Kemalangan berlaku ketika dua beradik terbabit menyeberangi jalan di persimpangan Jalan Kampung Lata Rek, Laloh, Kuala Krai.

Mangsa Haizum dan adiknya Norasmaida Ibrahim dirempuh kereta Proton Perdana yang datang dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Pemandu kereta yang juga seorang pengurus sebuah bank di Gua Musang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Krai.