Ops Tiong Berkas 40 Warga Asing Terbabit Penipuan Siber, African Scam, Parcel Scam. - pakdin.my

ops-tiong-ampang

Seramai 40 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dan penipuan internet dalam Ops Tiong awal pagi tadi.

Operasi tertumpu di kawasan kondominium di Taman KOSAS, Ampang.

Operasi bermula jam 1:30 pagi itu membabitkan pegawai dan anggota polis dari Bahagian Jenayah Komersial Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Jabatan Imigresen, JAIS dan JPAM.

Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saad berkata, kesemua lelaki dan wanita yang ditahan kebanyakannya warga Afrika.

Mereka disyaki menjalankan kegiatan jenayah komersil membabitkan penipuan siber, African scam, parcel scam.

Modus operandi yang digunakan ialah dengan menjerat wanita tempatan menerusi ‘perangkap cinta’ sebelum mengumpan mereka melakukan pemindahan wang.

Kebanyakan suspek yang ditahan juga didapati menyalahgunakan pas lawatan serta mengubah pas pelajar.

Polis merampas komputer riba, telefon bimbit dan beberapa dokumen yang digunakan bagi tujuan penipuan.

Kesemua yang ditahan berusia antara 30 hingga 40an di bawa ke IPD Ampang Jaya untuk siasatan lanjut.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menipu.

 

UTAMABERITAOps Tiong Berkas 40 Warga Asing Terbabit Penipuan Siber, African Scam, Parcel...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium