Musuh sebenar Anwar ialah krisis dalaman PKR – MP PKR kata kenyataan Kit Siang ada benarnya - pakdin.my

abdullah-sani
Abdullah Sani Abdul Hamid

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid mengalu-alukan kesediaan Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding dalam pemilihan parti itu  merebut jawatan Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, beliau agak terkilan kerana Pengerusi Pakatan Rakyat Selangor itu menyatakan hasratnya ketika PKR sedang berdepan pilihanraya kecil DUN Kajang.

“Saya alu-alukan sangat, lagi saya suka..buat apa nak halang? Ini demokrasi. Cuma yang saya tak berkenan, kenapa dia nak umum sekarang, orang tengah sibuk turun Kajang hari-hari, dia sibuk nak bagitahu dia nak lawan orang itu (Azmin Ali).

“Dia ni gelabah seorang, itu yang saya tak faham,” katanya ketika dihubungi bnbbc.

Menurut Ahli Parlimen PKR Hulu Langat itu yang diketahui rapat dengan Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor, tindakan Khalid ini hanya menampakkan lagi agenda beliau di dalam politik terutamanya di Selangor.

Jawatan Timbalan Presiden PKR  kini disandang oleh Mohamed Azmin Ali dan Khalid sudah mengumumkan akan bertanding jawatan tersebut, pada Jumaat.

Katanya, tindakan Khalid sama seperti kenyataan penasihat DAP, Lim Kit Siang  bahawa musuh sebenar Datuk Seri Anwar Ibrahim di PRK Kajang ialah rakan dalam PKR sendiri.

“Ini semua sebab dia inilah yang gelabah seorang.  Pasal perjanjian air pun dia pandai-pandai tandatangan itu dengan kerajaan pusat.

“Bila dalam keadaan begini, keadaan cenderung kepada sabotaj nampaknya, itu sebab Kit Siang cakap begitu,” katanya sambil menegaskan bahawa PKR Selangor tidak pernah dimaklumkan berkenaan perjanjian air tersebut.

johanazizSementara itu, Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz beliau melihat pergeseran yang wujud di  kalangan pimpinan PR negeri itu sebagai tanda awal kepada perpecahan mereka.

Keadaan itu dikukuhkan lagi apabila Khalid mengambil keputusan untuk bertanding melawan Azmin bagi merebut jawatan di dalam parti mereka.

“Itu pada saya titik kehancuran buat PKR, dan kalau Khalid lawan Azmin memang layak, tapi kalau sekarang dia Menteri Besar lagi sesuai dia rebut jawatan Presiden PKR,” katanya.

Menurut Johan lagi,  PKR dan juga PR di Selangor sudah mengambil tindakan yang berlandaskan kepentingan politk masing-masing sehingga melibatkan rakyat.

“Mereka ini sudah lupa, tindakan mereka ini sudah menyusahkan rakyat, sebagai contoh PRK di Kajang ni lah, rakyat dah bagi mandat pandai-pandai Lee Chin Cheh kosongkan kerusi untuk beri pada Anwar.

“Kita ini nak buat apa pun, buatlah. Kalau cerita konflik, UMNO dan BN juga ada konflik, tapi jangan susahkan dan juga jangan kaitkan dengan rakyat,” tegas ADUN Semenyih itu.

Proses pemilihan akan diadakan pada 25 April hingga 11 Mei depan megikut zon manakala hari penamaan pencalonan ditetapkan pada 29 Mac bagi jawatan peringkat pusat dan 4 April bagi peringkat cabang.

Musuh sebenar Anwar ialah krisis dalaman PKR, kata Kit Siang

Musuh sebenar Anwar ialah krisis dalaman PKR, kata Kit Siang

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang hari ini buat pertama kalinya mengaku wujud masalah dalaman dalam Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat dan membayangkan masalah itu sekiranya berterusan boleh membawa kepada kekalahan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Dewan Undang

UTAMAPILIHAN RAYAMusuh sebenar Anwar ialah krisis dalaman PKR - MP PKR kata...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium