Subsidi Rasionalisasi – Peruntukan Pembangunan Dapat Ditingkatkan @NajibRazak - pakdin.my

najib-rasionalisasi-subsidi-2

Melalui pelaksanaan rasionalisasi subsidi,peruntukan bagi sektor pembangunan akan dapat dipertingkatkan dalam rancangan malaysia ke sebelas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, ia boleh menampung projek  bermanfaat kepada rakyat.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan amanat pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra Di Putrajaya Pagi tadi.

Menurutnya kerajaan tidak boleh menambah peruntukan melalui tambahan hutang kerana ia boleh mengakibatkan ekonomi negara merudum.

Datuk Seri Mohd Najib juga menegaskan, hasil pengurangkan subsidi pukal kepada subsidi bersasar.

Kerajaan dapat memperuntukkan RM4.6 bilion untuk Bantuan Rakyat Satu Malaysia kepada  7.9 juta isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah.

 

UTAMAEKONOMISubsidi Rasionalisasi - Peruntukan Pembangunan Dapat Ditingkatkan @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium