Shafee : Keengganan Anwar Untuk Disoal Balas & Gagal Kemuka Alibi Bukti Bersalah - pakdin.my

liwat 2

PUTRAJAYA: Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah gagal membuat penilaian terhadap keengganan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kenyataan daripada kandang saksi sebelum membebaskan beliau daripada tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan Januari tahun lalu.

Pendakwaraya Tan Sri Mohamad Shafee memberitahu Mahkamah Rayuan, keengganan Anwar untuk disoal balas oleh pendakwaraya harus membawa kesimpulan bahawa Ketua Pembangkang itu menghadapi masalah serius menerangkan fakta-fakta yang mengaitkan beliau kepada tuduhan itu.

Berhujah kepada panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dalam permohonan untuk membatalkan pembebasan Anwar itu, Shafee berkata Zabidin gagal mengupas tindakan Anwar untuk hanya membacakan kenyataan dari kandang tertuduh, tanpa disoal balas pendakwaraya dalam penghakimannya pada 9 Januari 2012.

“Jelas Anwar menghadapi masalah berat untuk memberikan hujah yang boleh menyokong pembelaannya bahawa beliau tidak berada di tempat kejadian sebagaimana yang dituduh,” kata Shafee.

“Hakikat ialah peguam bela beliau tidak memanggil walau satu daripada 14 saksi untuk menyokong pembelaannya setelah pendakwaraya mengemukakan bukti video untuk menunjukkan Anwar memang hadir di tempat kejadian,” kata beliau.

“Pembelaan Anwar adalah berasaskan penafian semata-mata. Beliau memilih untuk tidak disoal balas dan sebaliknya memberikan kenyataan yang menyerang hakim, pendakwaraya dan kerajaan,” tambah beliau.

Di sebelah pagi, Shafee memberitahu mahkamah bahawa Zabidin silap membebaskan Ketua Pembangkang itu kerana mempercayai bukti DNA terbabit dicemari.

Shafee berkata Zabidin tidak mengambil kira kenyataan pakar-pakar kimia kerajaan dalam membuat rumusan mengenai bukti DNA itu.

Shafee berhujah di hari pertama rayuan untuk membatalkan keputusan Zabidin Januari 2012 membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008

UTAMABERITAShafee : Keengganan Anwar Untuk Disoal Balas & Gagal Kemuka Alibi Bukti...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium