“Memang Sikap Pembangkang Suka Tuding Jari Kepada Umno” – Jahara

hafif-bahardin.jpg

GEORGE TOWN: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid pada Khamis membidas exco kerajaan negeri Dr Afif Bahardin kerana mendakwa Umno memutar belit kenyataannya di Twitter yang menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jahara berkata sudah menjadi kebiasaan pakatan pembangkang menuding jari kepada Umno bagi menutup keburukan dan kelemahan mereka apabila sesuatu isu dibangkitkan.

“Kita ni tak ada kerja lain ke nak manipulasikan dia punya kenyataan,” katanya yang turut menyifatkan tindakan Dr Afif itu sebagai satu politik murahan.

Jahara yang ditemui pada majlis pelancaran Pelan Strategik Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang 2014 hingga 2016 di sini, diminta mengulas kenyataan Dr Afif yang melahirkan rasa sedih kerana catatan Twitter beliau diputar belit secara jahat oleh Umno dan Barisan Nasional untuk memperlihatkannya sebagai musuh kepada polis.

Pada Rabu, Dr Afif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya memuat naik status di laman Twitternya berbunyi

“Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang-undang membunuh tahanan, itu masalah”.

Dr Afif dalam kenyataan yang dihantar kepada Bernama hari ini, berkata catatan Twitter beliau sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang terkorban ketika mempertahankan negara.

“Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pihak polis dan keluarga Allahyarham Koperal Raja Aizam Raja Mohd (yang terkorban ketika menjalankan tugas),” katanya yang turut mengucapkan takziah kepada keluarga Raja Aizam.

Dr Afif bagaimanapun berkata beliau tidak akan berganjak daripada prinsip bahawa Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa lain mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan.

Mengulas lanjut, Jahara yang juga Adun Teluk Air Tawar berkata tindakan Dr Afif memuat naik status itu sangat mengecewakan, sekali gus menggambarkan pembangkang berterusan mempunyai sentimen kebencian terhadap PDRM.

Mengulas mengenai insiden Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang ‘dihadiahkan’ sebiji telur busuk oleh seorang lelaki ketika ceramah di Permatang Pauh, dekat sini malam Rabu, Jahara berkata Kok seharusnya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat tindakannya yang membangkitkan kemarahan masyarakat.

“Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang kontroversi jadi beliau mesti bersedia dengan sebarang kemungkinan,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu Kok dihampiri seorang lelaki dan telur busuk yang berada dalam genggaman lelaki berkenaan pecah ketika mereka bersalaman.

Susulan itu, keadaan bertukar kecoh dan Kok segera dibawa keluar dari tempat ceramah dengan kawalan ketat Unit Amal PAS, manakala lelaki terbabit ditahan penyokong pakatan pembangkang sebelum diserah kepada polis.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...