Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaNASIONAL20,000 Sokong Umno Di...

20,000 Sokong Umno Di Pasir Puteh Isyarat Rakyat Tolak Perhimpunan Haram – Najib - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi serta sebahagian daripada 20,000 orang yang hadir melaungkan "1Malaysia" ketika majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Pasir Puteh, Kelantan

PASIR PUTEH: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebanjiran lebih 20,000 penduduk Pasir Puteh pada majlis perhimpunan Perdana Menteri Bersama Rakyat di sini Sabtu memberikan isyarat jelas bahawa rakyat menyokong UMNO dan menentang perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Perdana Menteri berkata jika kehadiran rakyat yang menyokong UMNO danBarisan Nasional (BN) di negeri yang diperintah oleh PAS begitu tinggi, sudahtentu sokongan di negeri-negeri kalau sudsah pasti lebih tinggi lagi.

Berdasarkan jumlah hadirin di sini, Najib berkata Pengerusi Gabungan PilihanRaya Bersih dan Adil (Bersih) Datuk S. Ambiga seharusnya sedar bahawa ramairakyat menyokong perjuangan dan dasar BN dan menentang perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau itu.

“Ambiga jangan fikir kuat sangat. Kita tidak akan tunduk kepada Ambiga samasekali, kita akan perjuangkan yang benar. Kita akan simpan kuku kita,” katanya semasa berucap di Sekolah Kebangsaan Sri Aman di Kampung Tok Nik di sini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa danIndustri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr AhmadZahid Hamidi, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Timbalan Menteri Kewangan Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Najib menjelaskan bahawa jika matlamat perhimpunan haram itu adalah untukmembetulkan sistem pilihan raya negara, kenapakah PAS boleh memerintah Kelantan selama 21 tahun.

Malahan, katanya, melalui pilihan raya umum 2008 lepas, pembangkang berjayamenguasai lima negeri di Semenanjung iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau berkata keadaan itu menunjukkan keadaan demokrasi negara adalah tidaksama seperti di negara Timur Tengah seperti Mesir, iaitu parti memerintahmemenangi 95 peratus kerusi dalam pilihan raya dan memerintah selama 30 tahun. Katanya keadaan di Malaysia berbeza daripada itu, di mana parti pemerintahhanya memenangi majoriti mudah dalam pilihan raya lalu dan pemimpinnya bertukar ganti.

Najib berkata BN tidak akan menghantar penyokongnya di Pasir Puteh untukbertembung dengan penyokong perhimpunan haram di ibu negara biarpun jumlahpenyokong BN ramai.

Beliau berkata ini kerana jika langkah itu diambil ia hanya akan menyebabkanpertembungan dan pergaduhan yang akan membawa huru-hara kepada keamanan negara. Katanya jika kacau-bilau berlaku, maka keadaan itu juga akan menjejaskankestabilan ekonomi dan menjejaskan perjuangan pemimpin BN terdahulu yang telah berusaha keras membangunkan negara sehingga maju ke tahap ini.

“Kita bina negara kita sejak sekian lama. Kita mulakan secara aman damai.Ambiga nak rosakkan ini semua,” katanya.

Najib berkata angin perubahan kini bertiup kencang di negeri yang diperintah PAS kini berdasarkan jumlah rakyat yang hadir pada majlis itu sebegitu ramai.

“Ambo pelik macam mana perhimpunan begitu ramai datang di bumi yangdiperintah PAS di negeri Kelantan. Angin perubahan sedang bertiup kencang dibumi kelantan,” katanya.

Beliau berjanji BN akan membawa perubahan dalam aspek pembangunan jikarakyat Kelantan memberi mandat kepada BN dalam pilihan raya umum nanti. Selepas majlis itu, Najib bertemu dengan veteran UMNO dan menunaikan solatZohor di Masjid Kampung Pulau Lima di sini sebelum bertolak ke Machang.

 

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480