UtamaNASIONALPesawat MH370 Hilang: Radar...

Pesawat MH370 Hilang: Radar Militari Kesan Pesawat Berpatah Balik - pakdin.my

wOXpIuN

SEPANG: Siasatan awal ke atas rakaman radar militari menunjukkan ada kemungkinan juruterbang pesawat MH370 melakukan ‘air turn back’ atau berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud berkata penyiasat kini bekerjasama dengan rakaman radar awam dan agensi antarabangsa berhubung kemungkinan itu.

Beliau berkata kemungkinan ini menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluas sehingga ke Selat Melaka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata dalam senario sedemikian (air turn back), juruterbang tidak dapat meneruskan seperti perancangan dan biasanya akan melaporkan kepada pangkalan dan pengawal trafik udara (ATC).

“Apa yang kita tahu, kedua-dua rakaman ATC dan kita sendiri, tidak ada isyarat atau panggilan kecemasan, jadi kami juga hairan kenapa,” katanya.

Sementara itu, usaha mencari MH370 milik Malaysia Airlines terus dipergiat dengan jumlah keseluruhan aset yang digerak dalam operasi berkenaan meningkat kepada 22 pesawat dan 40 kapal.

Panglima Angkatan Tenteran Malaysia (ATM) Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian turut diperluas ke pantai barat semenanjung berbanding dari hanya di Laut China Selatan sebelum ini.

“Tanpa mengurangkan sumber kita di Laut China Selatan, jumlah aset yang digunakan ketika ini menyaksikan peningkatan kerana kita dibantu negara jiran,” katanya.

Beliau berkata ini tidak termasuk aset yang digunakan oleh Vietnam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Jauhari mengesahkan terdapat kerosakan di hujung sayap pesawat MH370 pada Ogos 2012 namun sudah dibaik pulih oleh Boeing dan mendapat kelulusan pelbagai pihak berkuasa.

“Pesawat itu selamat digunakan dan kami yakin dengan keupayaannya,” kata beliau.

Ahmad Jauhari turut disoal berhubung dua penumpang yang didakwa menggunakan pasport palsu untuk menaiki pesawat itu.

“Kami memiliki rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari saat mereka mendaftar masuk sehinggalah mereka berlepas,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA)Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang pesawat MH370 menggunakan pasport palsu dan bukan empat orang seperti yang dilapor sebelum ini.

Berkaitan

Baca Juga

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...