1Murid 1Sukan, Perlu Kesedaran Serta Komitmen Jitu Semua Pihak - pakdin.my

 

Membentuk integrasi nasional, malah sukan juga boleh menjadi landasan pembentukan sahsiah murid-murid.

Sehubungan itu, menurut Timbalan Perdana Menteri, perlaksanaan dasar Satu Murid Satu Sukan, memerlukan kesedaran serta komitmen jitu semua pihak.

Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada acara larian Satu Murid Satu Sukan, Satu Malaysia di Taiping, Perak.

Menurutnya, larian berkenaan bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan murid serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat pentingnya penyertaan murid dalam sukan.

Sementara itu, larian serentak, pagi tadi dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records, bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar.

Program membabitkan 4.1 juta pelajar daripada 9,980 sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara.

Di Padang Dataran Perbandaran Taiping, Timbalan Perdana Menteri melepaskan 15 ribu peserta dari 30 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah sekitar bandar ini.

UTAMABERITA1Murid 1Sukan, Perlu Kesedaran Serta Komitmen Jitu Semua Pihak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium