Tiga Lelaki Warga Asing Ditembak Mati Di Sungai Petani (video) - pakdin.my

3-warga-asing-itembak-mati-sg-petani

Polis menembak mati tiga lelaki warga asing dipercayai anggota geng samun dalam satu kejadian berbalas tembak di Sungai Petani, Kedah.

Kejadian jam 4.30 pagi itu juga menyebabkan seorang anggota polis cedera.

Polis sebelum itu mengarahkan kereta Proton Perdana yang dinaiki lelaki terbabit berhenti.

Sebaliknya mereka melepaskan tembakan ke arah polis.

Polis kemudian membalas tembakan menyebabkan ketiga-tiga penjenayah terbunuh.

Pemeriksaan ke dalam kenderaan suspek menemui sepucuk pistol, 5 bilah parang dan peralatan pecah rumah.

Siasatan polis mendapati, kereta jenis Proton Perdana yang digunakan penjenayah itu turut dilaporkan hilang di Pulau Pinang.

Ekoran itu, mayat tiga penjenayah berkenaan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.

 

UTAMABERITATiga Lelaki Warga Asing Ditembak Mati Di Sungai Petani (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium