#MH370Hilang: Pesawat Dikesan Ubah Laluan Ke Selat Melaka #PrayForMH370 #DoaUntukMH370 #MH370 - pakdin.my

Imej menunjukkan betapa sibuknya laluan kapal disepanjang Selat Melaka
Imej menunjukkan betapa sibuknya laluan kapal disepanjang Selat Melaka

Operasi mencari dan menyelamat diperluaskan meliputi elat Melaka pada awal hari ini.

Angkatan Tentera Malaysia percaya mengesan pesawat yang terputus hubungan radar di Selat Melaka, jauh dari lokasi di mana ia kali terakhir membuat hubungan dengan kawalan trafik udara awam di luar pantai timur negara, sumber tentera memberitahu Reuters.

Seorang pegawai tentera berkata: “Ia mengubah arah selepas Kota Baru dan terbang lebih rendah sehingga ke Selat Melaka.

Dalam salah satu kejadian misteri yang paling membingungkan dalam sejarah penerbangan yang berlaku baru-baru ini, operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines, Boeing 777-200ER, kini memasuki hari keempat dan sehingga ini pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu masih tidak dapat dikesan.

“Ia berubah haluan selepas Kota Bharu dan terbang rendah. Ia menghala ke Selat Melaka,” kata pegawai tentera yang telah diberi taklimat mengenai siasatan kepada Reuters.

Selat Melaka merupakan salah satu saluran perkapalan paling sibuk di dunia di sepanjang pantai barat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu pada Sabtu berkata radio dan radar perhubungan dengan Penerbangan MH370 telah hilang di luar pantai timur bandar Malaysia, Kota Bharu.

Untuk maklumat terkini ikuti lintas langsung kami disini – Pesawat MH370 Hilang: LIVE BLOGING #PRAYFORMH370

UTAMABERITA#MH370Hilang: Pesawat Dikesan Ubah Laluan Ke Selat Melaka #PrayForMH370 #DoaUntukMH370 #MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium