Ahli UMNO Perlu Pegang 3 Prinsip Utama - pakdin.my

 

Ahli UMNO diminta berpegang kepada tiga prinsip tranformasi politik dalam usaha mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak prinsip itu ialah calon yang boleh menang, sifar masalah dalaman dan bersikap inklusif.

Ia juga sekaligus menjadi kriteria atau Petunjuk Prestasi Utama, KPI, bagi pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihanraya umum ke-13 kelak.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI.
Saya nak kata bahawa saya tak ada orang yang dikatakan anak emas, anak perak, anak gangsa. Cuma yang ada keluarga dan rakan seperjuangan. Kalau gagal KPI yang kita tentukan pegundi di kawasan kita.

Datuk Seri Najib berucap menangguhkan persidangan perwakilan UMNO bahagian Pekan.

Tegasnya, sekiranya gagal melepasi KPI, mereka perlu akur dan menerima keputusan yang dibuat oleh parti dengan hati terbuka.

Kata beliau lagi pemilihan calon perlu dilakukan dengan hati-hati.

Apa yang penting seseorang yang dipilih menjadi calon mesti mampu memberi kemenangan kepada parti dan mampu membela nasib rakyat dengan berkesan.

Bagi mereka yang tidak terpilih sebagai calon, ingatan berikut diberikan Perdana Menteri.

DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK/PERDANA MENTERI.
Kalau ada yang terguris di hati atau kecil hati jangan sampai buat sesuatu yang boleh khianati. Kalau tak kerja pilihanraya tempang jentera. Apa tah lagi kalau sumbat gol sendiri. Harap tuan-puan faham perkara ini.

Lebih 900 perwakilan menghadiri persidangan yang diadakan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah, Pekan.

UTAMABERITAAhli UMNO Perlu Pegang 3 Prinsip Utama

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium