Haram sebar berita palsu, tak sahih – Mufti Kedah #MH370 #PrayForMH370 - pakdin.my

mufti-kedah

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad menyeru seluruh umat Islam menjauhi perbuatan menyebarkan maklumat palsu sehingga menimbulkan fitnah mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Katanya, perbuatan itu adalah haram dan ketika menerima sebarang berita terutama mengenai pesawat MH370 umat Islam perlu memastikan sumber berita tersebut sama ada sahih atau tidak.

“Apabila kita dah dapat berita kita perlu pastikan daripada mana datangnya sumber berita tersebut sebelum terus menyebarkannya.

“Dalam ajaran Islam, berita yang tidak benar dan tidak dapat dipastikan kesahihannya haram untuk disebarkannya dan jika terus dilakukan Allah akan melaknat kita.

“Perbuatan menyebarkan berita yang tidak sahih perlu dihentikan segera dan kita jangan mengeruhkan keadaan yang sedang dihadapi oleh negara serta ahli keluarga penumpang pesawat berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

UTAMABERITAHaram sebar berita palsu, tak sahih - Mufti Kedah #MH370 #PrayForMH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium