Bomoh Gadgets Online: Sesiapa Pun Boleh Jadi #RajaBomoh - pakdin.my

bomoh-gadget-1

Dengan tragedi yang tidak menentu kehilangan #MH370 kita dihidangkan dengan ‘Raja Bomoh’ atau boleh dikategorikan sebagai Raja Lawak mengambil tempat di media sosial. Kami pun rasa malu dengan dengan perbuatan mereka membuat ritual dihadapan pengamal media luar dan alam negara yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap negara.

Bermula dari Raja Bomoh @ Raja Lawak kini muncul pula  perniagaan atas talian Bomoh Gadget Online Store yang diilhamkan dari  Raja Bomoh Laman web perniagaan atas talian tersebut menawarkan pelbagai peralatan (gadget) untuk menjadi bomoh seperti Raja Bomoh termasuk menjual ‘kelapa’ dan ‘bubu’ ajaib.

Melihat kepada langkah dan cara pembelian online laman web tersebut, dilihat ianya benar-benar menjalankan perniagaan online. Melihat kepada ‘store cart’, pengesahan pembelian dan cara pembayaran secara dalam talian menggunakan ‘online banking’ seperti cetakan skrin dibawah

bomoh-gadget-2

Harga peralatan @ gadget perbomohan yang ditawarkan sememangnya mahal. Ye lah barangan tersebut ada kesaktiannya memang lah mahal kan?. Di bawah ini dipaparkan cetakan skrin senarai barangan @ gadget termasuklah bubu, kelapa, tikar terbang dan sebagainya.

bomoh-gadget-3

Didalam kita dihiburkan oleh lawak Raja Bomoh @ Raja Lawak, jangan kita lupa akan nasib penumpang dan anak kapal #MH370. Sehingga kini #MH370 masih belum ditemui, Marilah kita bersama-sama mendoakan untuk mereka yang terlibat.

UTAMABomoh Gadgets Online: Sesiapa Pun Boleh Jadi #RajaBomoh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium