#MH370: Tokoh-tokoh Agama Adakan Solat Hajat Di Pulau Perhentian - pakdin.my

MH370-solat-hajat-pulau-perhentian

Beberapa tokoh agama berkumpul di Pulau Perhentian, Kuala Besut, Terengganu untuk mengadakan solat hajat berjemaah memohon kepada Allah memudahkan urusan mencari pesawat itu.

Antara yang menyertai solat itu ialah bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot, bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Firdaus Ismail dan Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, KAGAT.

Mereka berlepas ke pulau berkenaan dari jeti APMM di Tok Bali, petang semalam.

Majlis membaca Al-Quran serta solat hajat diadakan selepas Maghrib, malam tadi.

Menurut Datuk Nooh, penganjuran solat hajat dan majlis membaca Al-Quran itu adalah tanggungjawab bersama semua umat Islam.

Sebelum bertolak, beliau membacakan doa agar dipermudahkan usaha yang dilakukan.

 

UTAMABERITA#MH370: Tokoh-tokoh Agama Adakan Solat Hajat Di Pulau Perhentian

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium