PKR DAN DAP HINA PARTI SAPP – PARTI PENGACAU DAN PARTI NYAMUK ! - pakdin.my

Oleh Dr Novandri Hasan Basri

Di manakah Presiden SAPP, Yong Teck Lee, calon PRK DUN mahu meletak muka beliau apabila isteri Anwar Ibrahim menghina dan menuduh beliau sebagai pengacau (spoiler) di dalam pilihanraya kecil DUN Batu Sapi?

Apakah Yong Teck Lee sudah tiada maruah lagi hingga sanggup diperlekeh-lekehkan oleh Wan Azizah, Presiden PKR yang dirinya sendiri tidak dapat mentadbir parti dengan baik dan adil?

Jika kita turuti perkembangan Parti Maju Sabah (SAPP) yang diterajui oleh Yong Teck Lee, parti tersebut seolah-olah diperkecil-kecilkan oleh Pengerusi DAP Sabah, Dr Hiew King Cheu yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Kinabalu.

Tatkala Hiew King Cheu mendabik dada mengatakan Pakatan Rakyat dan DAP adalah parti Nasional, beliau telah menghina SAPP dengan mengatakan parti itu adalah ‘parti nyamuk’. Jika kita teliti, keangkuhan Ahli Parlimen Kota Kinabalu itu mempunyai sebab yang tersirat.

Pada pilihanraya Umum tahun 2008, Yong Teck Lee dan SAPP telah menuntut kerusi parlimen Kota Kinabalu daripada BN tetapi telak ditolak.

Secara peribadi, Hiew King Cheu berkemungkinan mengapi-apikan ketidakpercayaan dan keburukan SAPP dengan harapan Pakatan Rakyat tidak akan bersekongkol dengan SAPP supaya kerusi parlimen Kota Kinabalu selamat ditangan beliau.

Maka kerana itu, Pengerusi DAP Sabah itu begitu beria-ia menimbulkan persoalan-persoalan yang seolah-olah menghina parti SAPP.

Dalam masa yang sama, pencalonan ‘Taiko’ Yong Teck Lee, Presiden SAPP dilihat sebagai satu tindakan desperate parti SAPP untuk menyambung talian hayat parti tersebut. ‘Taiko Sabah’ ini ingin membuktikan bahawa parti beliau masih mendapat tempat di hati rakyat Sabah sebagai parti tempatan yang kononnya mampu memperjuangkan nasib rakyat Sabah.

Pencalonan Presiden SAPP, Yong Teck Lee adalah do or die untuk beliau dan parti SAPP. Jika beliau kalah, SAPP berkemungkinan besar akan lumpuh buat selama-lamanya. Tetapi jika beliau menang, SAPP bakal mendapat nafas baru menjadi parti pembangkang yang tidak boleh dipandang kecil oleh Pakatan Rakyat.

Konflik dan konfrontasi kuasa bakal berlaku di antara SAPP dan Pakatan Rakyat sebagai parti pembangkang di mana SAPP tidak perlu mengikut arahan Pakatan Rakyat.

Kepimpinan Anwar Ibrahim pula jelas tercemar teruk apabila beliau gagal memujuk Yong TEck Lee dan SAPP.

Jika kita teliti, parti SAPP mungkin mempunyai sasaran kerusi Parlimen, DUN dan agenda pilihanraya umum ke-13 yang berlawanan dengan aspirasi PKR, DAP dan PAS.

SAPP mungkin akan cuba menakluki kerusi parlimen Kota Kinabalu yang dipegang oleh Pengerusi DAP Sabah sekarang.

Pokoknya, SAPP mahu mencuba nasib untuk terus hidup di persada politik Sabah. Parti-parti seperti DAP semestinya tidak boleh duduk diam dan sangat gusar dengan percaturan Yong Teck Lee dan SAPP.

Begitulah realiti Parti Pembangkang yang luarannya tampak indah dengan mimpi dan impian tetapi hakikatnya, mereka saling berebut kuasa dan ‘bercakaran’ di antara satu sama lain. Rakyat sudah tahu!

UTAMAPILIHAN RAYAPKR DAN DAP HINA PARTI SAPP - PARTI PENGACAU DAN PARTI NYAMUK...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium