UtamaPOLITIKKhairy Jamaluddin Menteri Publisiti...

Khairy Jamaluddin Menteri Publisiti Murahan? - pakdin.my

 khairy-jamaludin

Seperti yang kita semua sedia maklum, kejatuhan Tun Abdullah Badawi dikaitkan rapat dengan menantunya, Khairy Jamaluddin.  Pada ketika pemerintahan Tun Abdullah, boleh dikatakan rakyat Malaysia bersatu menentang anak muda ini yang telah terbukti terlibat dalam beberapa urusan ‘perniagaan’ yang meragukan.

Beberapa tindakannya telah didapati merugikan Malaysia dan memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat negara jiran di selatan.    Beliau juga telah dibuktikan terlibat dalam politik wang suatu ketika dahulu, namun nasib menyebelahinya apabila terus diberi peluang mengorak langkah oleh kepimpinan baru sehingga ke tahap Menteri.

Apa yang dikhuatiri ialah, Khairy Jamaluddin kini dilihat mengulangi sikap yang sama ketika di zaman Tun Abdullah Badawi.  Beliau terlibat hampir dalam semua perkara dan amat gemar membuat kenyataan media walaupun dalam hal yang tidak berkaitan dengan kementeriannya.   Selain itu, cakap-cakap di peringkat akar umbi pula kedengaran meragui tindakannya yang lebih berupa sabotaj terhadap parti ketika menghadapi beberapa pilihanraya kecil akhir-akhir ini.  Hakikat bahawa beliau melantik seorang DAP, iaitu Regina Lee sebagai setiausahanya menguatkan persepsi bahawa beliau merupakan gunting dalam lipatan.

Modus operandi Khairy cukup licik.  Seperti Anwar Ibrahim, beliau membiarkan dirinya dikritik dengan hal-hal remeh sebelum membalas kritikan dengan lantang.  Kelantangannya itu kemudiannya disebar secara sistematik oleh media massa dan media-media sosial bagi meningkatkan populariti dirinya.

Siapa tidak ingat bagaimana Khairy membina ‘makmal’ untuk mengkaji kos sara hidup walaupun ia bukan termasuk dalam portfolionya.   Malah, Khairy akan membuat kenyataan dalam apa-apa jua isu berbangkit sehinggakan Menteri-menteri lain dilihat sebagai tidak berkesan.  Oleh itu,  ramai yang tertanya-tanya, apakah portfolio Khairy Jamaluddin di dalam kerajaan sebenarnya?

 Apakah beliau telah kembali memegang jawatan tidak rasminya sebagai ‘pemimpin negara’ yang disandangnya ketika di zaman Tun Abdullah dahulu?

Baru-baru ini Khairy menegur Menteri Agama dalam isu bomoh bodoh di KLIA.   Sepantas kilat laman sosial rakyat dibanjiri kisah Khairy VS bomoh yang langsung tidak bermakna apa-apa dalam hidup kita selain sebagai hiburan tahap murahan yang memualkan.   Seperti kata rakan-rakan penulis, di kala semua menteri sibuk dengan MH370, Khairy sibuk menangguk publisiti.

Walaupun majoriti rakyat turut menghentam bomoh tersebut, namun teguran Khairy dilihat tidak bertempat dan sengaja diada-adakan.   Akibatnya, rakyat terutama akar umbi UMNO semakin musykil dengan kedudukan Khairy di dalam pentadbiran negara.  Dan ini tentulah tidak baik bagi kepimpinan.

Dalam Khairy mengejar publisiti beliau tiba-tiba bisu apabila 6 orang belia meninggal dunia akibat dadah di sebuah konsert yang berlangsung selama tiga hari di Bukit Jalil.  Tidak sepatah pun nasihat atau teguran yang keluar dari mulutnya berikutan kejadian tersebut.   Khairy nampaknya telah benar-benar celaru dengan portfolio sendiri sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Kita tidak menyalahkan Khairy dalam kejadian di Bukit Jalil dan kita juga tidak menjangkakan Khairy mampu berbuat apa-apa bagi menghalangnya.

Tetapi, kita tertunggu-tunggu Khairy membuat kenyataan menyeru anak muda agar tidak mudah hanyut ke dalam kegelapan.   Kita menunggu Khairy memberitahu anak muda bahawa muzik tidak semestinya dikaitkan dengan maksiat.    Dadah, arak dan seks bebas bukan berpunca dari muzik tetapi dari jiwa dan minda yang kosong.

Inilah masanya Khairy bangkit sebagai pemimpin anak muda, membawa mereka ke arah pembentukan jati diri yang jitu, berasaskan budaya Malaysia yang sederhana serta berdiri atas ilmu pengetahuan dengan yakin.

Kita menunggu Khairy berpesan kepada anak muda agar tidak perlu menjadi Mat Saleh dan tidak perlu menjadi Arab.  Kita menunggu Khairy menyeru anak muda kita menjadi Melayu atau rakyat Malaysia yang mempunyai hala tuju hidup yang jelas serta tidak mudah terpengaruh dengan cara hidup yang merosakkan diri.

Sebagai Menteri yang prihatin dan bertanggungjawab dan kononnya bijak, sekurang-kurangnya kata-kata sebeginilah yang kita ingin dengar dari mulut Khairy pada ketika ini.  Berpesanlah kepada anak muda kita agar berhibur biar berpada-pada, beramal juga jangan sampai menjadi takbur.

Malangnya, Khairy adalah Khairy.  Beliau tidak mampu bertindak dengan tepat atas isu yang relevan.   Justeru, sehingga ke hari ini, beliau masih tidak mampu menonjolkan apa-apa hasil dari ‘khidmatnya’ di dalam kerajaan mahupun UMNO.   Malah, kewujudan beliau di dalam UMNO sejak dari awal hanya menyebabkan semakin ramai meragui UMNO kalau pun tidak terus meninggalkan UMNO.

Kesimpulannya, Khairy telah gagal menangani masalah yang menyelubungi belia di Malaysia kerana beliau terlalu sibuk dengan publisiti diri.

Atau mungkinkah kita yang terlepas pandang dan terlalu meletakkan harapan tinggi terhadap Khairy?  Mungkinkah Khairy bukannya tidak prihatin dengan belia negara ini, tetapi pegangan ‘liberal centristnya’ telah menyebabkan beliau melihat dadah dan maksiat sebagai bukan satu masalah besar yang perlu ditangani?

Jika ini benar, apakah relevannya Khairy kepada agama, bangsa dan negara ini?

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...

[VIDEO] Laungan ‘bubar’ desak PM segerakan PRU

Laungan “bubar” bergema di Stadium Titiwangsa ketika Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memulakan ucapan sempena pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. “Saya dengar dengan jelas,...

[VIDEO] “Sikit jer lagi” : Ikrar Ismail bubar parlimen dalam tempoh terdekat bakal jadi mimpi ngeri oposisi?

Sekali lagi di hadapan hadirin dalam majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) 2022, PM9 Ismail Sabri Yaakob yang juga naib presiden UMNO berjanji...

Soalan untuk Ketua Hakim Negara

Tun Maimun kata, jangan komen penghakiman yang telah dibuat. Tanya dulu, apatah lagi jika ia bukan bidang kita. Sebenarnya banyak kali ditanya. Tetapi tidak...

[VIDEO] Andai UMNO-BN kembali berkuasa, Zahid ikrar tiada langkah politik balas dendam

Kerana setiap rakyat (tidak kira apa warna politiknya) berhak mendapat keadilan secara saksama. Inilah UMNO-BN, koalisi politik berprinsip dan akan terus teguh mempertahan dan mendaulatkan...

[VIDEO] Suami berselisih faham ahli sindiket dadah punca ejen kosmetik diculik, dilarikan ke Thailand

KOTA BHARU – Perselisihan faham antara suami kepada seorang ejen jualan kosmetik dengan ahli sindiket dadah dipercayai menjadi punca wanita itu diculik di rumahnya...

[VIDEO] Pedas dan tajam kritikan Dr. Tawfik : “Kekuatan politik Bersatu itu palsu, PAS kena sedar!”

https://youtu.be/Tq0IaeIDlLs Apapun kami percaya penganalisis sohor dari Universiti Malaya, Dr. Tawfik Yaakub ini menegur PAS dengan penuh kasih sayang walaupun nadanya keras. Jika melihat kepada siri-siri...