Indonesia Nafi Sembunyi Maklumat #MH370 - pakdin.my

MH370-kedutaan-indonesia

Indonesia menafikan negara republik itu menyembunyikan maklumat berkaitan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Dalam satu kenyataan Kedutaan Indonesia, ia mengecam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu yang mendakwanya tidak mengeluarkan data radar MH370 yang didakwa diterbangkan melalui ruang udara negara itu.

“Indonesia menyuarakan bantahannya terhadap akhbar harian itu yang mengaitkan kepada satu artikel bertajuk ‘MH370 Sembunyi di Pangkalan Amerika Syarikat di Diego Garcia? yang diterbitkan pada 17 Mac.

“Artikel itu menyebut spekulasi dalam portal Cabal Times yang mengaitkan Indonesia dalam gerakan rahsia global atau pakatan barat yang mempunyai agenda tertentu,” kata Kedutaan itu dalam satu kenyataan.

Sambil menafikan spekulasi yang tidak berasas itu, Kedutaan berkata, ia adalah tidak benar yang bertujuan untuk menimbulkan kekeliruan.

“Artikel itu telah menyakiti perasaan ahli keluarga penumpang yang hilang, termasuk dari Indonesia,” katanya.

Kedutaan menegaskan bahawa Indonesia merupakan antara negara yang pertama bertindak balas apabila pesawat Boeing 777-200 itu hilang pada 8 Mac.

“Indonesia telah menggunakan lapan kapal, tiga pesawat, dan juga kakitangan dari Angkatan Tentera Indonesia dan Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas ),” katanya.

Ia berkata, Indonesia komited untuk membantu dengan semangat persaudaraan Asean dan hubungan yang sangat kuat dengan Malaysia.

“Indonesia akan terus memberi sokongan dan kerjasama dalam operasi mencari sehingga pesawat yang hilang ditemui, ” katanya.

Indonesia menggesa semua pihak berhenti membuat spekulasi yang tidak bertanggungjawab, yang pada masa ini mengutamakan usaha mengesan pesawat itu.

UTAMABERITAIndonesia Nafi Sembunyi Maklumat #MH370

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium