UtamaNASIONALSPR - Persempadanan Semula...

SPR – Persempadanan Semula Tidak Langgar Prinsip Perlembagaan - pakdin.my

Setelah lima kali urusan persempadanan bahagian pilihan raya Parlimen atau negeri dijalankan, ia tidak pernah melanggar Prinsip-prinsip Persempadanan yang ditetapkan oleh Perlembagaan.

SPR menjelaskan jika dilihat kepada persempadanan yang diwujudkan, tidak ada satu pun sempadan bahagian pilihan raya yang melanggar sempadan negeri atau sempadan Dewan Undangan Negeri yang melanggar sempadan Parlimen.

Tindakan persempadanan semula itu selaras dengan Peruntukan yang ditetapkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan dan mematuhi Prinsip-prinsip Persempadanan yang digariskan mengikut Bahagian 1 Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

SPR membuat penjelasan itu dalam buku terbitannya bertajuk Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan Raya.

SPR menjelaskan apa yang dilakukannya ialah seboleh-bolehnya sesuatu bahagian pilihan raya itu, sama ada bahagian Parlimen atau Negeri, diletakkan dalam satu daerah pentadbiran yang sama.

“Kecuali bagi beberapa bahagian pilihan raya tertentu di mana jumlah pemilih yang berkurangan, terpaksa diwujudkan satu bahagian pilihan raya Parlimen dari dua daerah pentadbiran yang berlainan seperti Kulim/Bandar Baru, Tanjung karang/ Kuala Selangor dan banyak lagi bahagian-bahagian pilihan raya parlimen di negeri Sabah dan Sarawak,” kata SPR.

Menurut SPR tindakan pengwujudan satu bahagian pilihan raya dari dua daerah pentadbiran ini juga dianggap tidak melanggar prinsip-prinsip persempadanan yang ditetapkan dalam Perlembagaan.

“Cuma dari segi pentadbiran, mungkin ada sedikit gangguan kepada wakil rakyat kerana mereka perlu menghadiri mesyuarat di lebih dari satu daerah pentadbiran.

“Berdasarkan pengalaman, tidak ada masalah besar yang dihadapi oleh wakil rakyat atau pihak berkuasa pentadbiran daerah kerana masing-masing memahami serta faham tugas yang telah dipertanggungjawab kepada mereka,” kata SPR.

Mengenai isu pembersihan daftar pemilih, SPR menjelaskan ia tidak boleh mengeluarkan nama seseorang pemilih berdaftar yang telah meninggal dunia dari senarai daftar pemilih tanpa mendapatkan maklumat sahih mengenainya dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Untuk itu, waris si mati perlu melaporkan kematian kepada JPN dengan segera bagi membolehkan JPN mengeluarkan Sijil Kematian dan mengemaskini pangkalan data mereka.

“Selepas JPN mengeluarkan Sijil Kematian dan mengemaskini pangkalan data, barulah SPR boleh mengambil tindakan susulan untuk mengeluarkan nama pemilih tersebut daripada daftar pemilih,” kata SPR.

Berhubung isu tempoh berkempen, SPR berkata tempoh tujuh hingga sembilan hari yang ditetapkan suruhanjaya itu pada masa ini adalah bersesuaian bagi semua parti politik atau calon bebas untuk berkempen memandangkan ia tidak memerlukan setiap parti membelanjakan kos yang tinggi bagi pengeluaran bahan-bahan kempen.

Bagaimanapun, SPR akan terus mengkaji semua langkah pembaikan, termasuk memperuntukkan tempoh kempen yang lebih panjang sekiranya langkah itu boleh membawa kebaikan kepada semua pihak dan tidak menimbulkan isu keselamatan dan ketenteraman awam.

Mengenai isu akses media yang bebas dan adil pula, SPR menjelaskan parti pembangkang masih mendapat ruang kebebasan media untuk menghebahkan manifesto dan menjana propaganda mereka menerusi akhbar parti masing-masing selain mendapat keuntungan daripada kemunculan arus media baru.

“Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kebebasan media bukanlah mutlak walaupun golongan pemainnya beranggapan bahawa kebebasan individu, kebebasan bersuara dan media adalah hak asasi. Ini kerana ia masih terikat dan tertakluk kepada had yang ditetapkan oleh undang-undang,” kata SPR

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] SPRM siasat ‘sedekah’ ketika PRU15, jejaki 90 pengundi

Kami sedang mengenal pasti 90 individu di Terengganu yang dikatakan menerima pemberian wang untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU15 BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162224/?amp=1

[VIDEO] Mahkamah Sepanyol tolak rayuan waris Sulu

Azalina berkata, keputusan mahkamah perlembagaan itu mengesahkan pembatalan Stampa sebagai penimbang tara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162214/?amp=1

[VIDEO] PATI bina penempatan haram lengkap sekolah di Nilai

Ketika serbuan dilakukan, terdapat cubaan daripada beberapa orang PATI meloloskan diri daripada ditahan pegawai Imigresen malah ada yang cuba bertindak agresif BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162197/?amp=1

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang, kata Ahmad Zahid

Ketika diasak pemberita di Majlis Personaliti Quran di sini pada Isnin, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata: "Tunggulah, dalam sesi akan datang" BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162188/?amp=1

[VIDEO] Tindakan pantas guru selamatkan lebih 20 murid jatuh laut akibat jeti runtuh

Ketua UMNO Bahagian Semporna, Abdul Manan Indanan, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu dan semua murid serta guru dilaporkan selamat. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162171/?amp=1

Tuntutan waris Kumpulan Sulu: Mahkamah Luxembourg tarik balik perintah sekatan

Azalina juga menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak akan berhenti berusaha untuk melindungi dan memelihara kepentingan negara. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162161/?amp=1

[VIDEO] Letupan Masjid di Peshawar, Pakistan: 46 maut, 150 cedera

Perdana Menteri Shebaz Sharif mengatakan letupan itu sebagai serangan bunuh diri. Terdapat sekurang-kurangnya 260 orang di masjid itu BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162150/?amp=1

Gopal Sri Ram, Pendakwa kes 1MDB juga menjadi pembela Firma Guaman yang disaman 1MDB – tidak ada konflik kepentingan?

Orang yang diupah oleh kerajaan untuk mendakwa mereka yang menimbulkan masalah kepada 1MDB juga adalah orang yang sama diupah oleh salah satu firma yang didakwa atas kelalaian sehingga menyebabkan berlaku masalah kepada 1MDB BACA seterusnya di:https://pakdin.my/162140

2 kali gagal singkir pendakwa raya, akhirnya tersingkir sendiri

Terdapat akuan bersumpah dari bekas TS Apandi Ali bahawa Sri Ram pernah datang ke rumah memberitahu bahawa Mahathir meminta beliau bantu untuk membuat tangkapan ke atas DSN. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162129

[VIDEO] 2 Wanita di tembak di Narathiwat, 1 maut dan 1 cedera

Seorang wanita maut ditembak ketika menunggang motosikal manakala serang lagi mengalami kecederaan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162109/

[VIDEO] KJ, Noh Omar dipecat keahlian UMNO

Timbalan Ketua Bahagian Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar dan Bekas Ketua Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar telah dibuang keahlian BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162119 Youtube: https://youtu.be/_D68Ryt4LPo

[VIDEO] Kerajaan Malaysia menang lawan ‘waris’ Sultan Sulu – Azalina

Hasil daripada tindakan Malaysia itu, Mahkamah Sepanyol yang melantik Dr. Stampa telah membatalkan pelantikannya secara retrospektif dan ‘preliminary award’ yang dikeluarkan oleh beliau di Madrid. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162090/ https://youtu.be/9gbidNLGZ-s