#MH370: China Kesan Objek Pada 18 Mac - pakdin.my

MH370-china-satelte

Satelit China mengesan objek besar di selatan koridor pada 18 Mac, yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri bagi Pertahanan Negara (Sastind)berkata objek tersebut dirakam satelit pemerhati berdefinisi tinggi Gaofen-1 sekitar 12 pagi waktu Beijing pada 18 Mac.

Imej berkenaan mengesan objek tersebut pada 44 darjah, 57 minit latitud selatan, dan 90 darjah, 13 minit longitud timur, di selatan lautan Hindi, menurut Sastind yang dipetik Xinuanet.com, lawan web agensi berita nasional China malam Sabtu.

Ia turut memetik jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei sebagai berkata China telah memaklumkan kepada Malaysia dan Australia selepas satelitnya mengesan objek berkenaan yang berukuran 22-meter-panjang dan 13-meter-lebar.

“China berharap data ini akan membantu usaha mencari dan menyelamat,” kata Hong.

Hong berkata masih diperlukan analisis lebih lanjut dan pengesahan sama ada objek terapung yang mencurigakan itu mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat air dan udara China sedang menuju selatan Lautan Hindi.

“China akan terus bekerjasama erat dengan pihak berkaitan dan berkongsi maklumat dengan mereka, bagi menggerakkan semua usaha mencari dan menyelamat,” katanya.

Lokasi objek dikesan adalah di sepanjang laluan koridor selatan yang mungkin diambil oleh MH370, dan kira-kira 120 km selatan ke barat daripada lokasi objek yang dikesan Australia sebelum ini, tambahnya.

UTAMABERITA#MH370: China Kesan Objek Pada 18 Mac

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium