MAS Simpulkan Semua Dalam Pesawat #MH370 Terkorban Berdasarkan Maklumat Boleh Dipercayai - pakdin.my

MH370-wajah-pilu-keluarga-mangsa-gs

Penerbangan Malaysia (MAS) membuat kesimpulan bahawa kesemua 239 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat MH370 terkorban, berdasarkan maklumat yang diberikan kepada mereka oleh Kerajaan mengenai nahas itu.

Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Md Yusof berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Isnin iaitu hari ke-17 pesawat itu hilang yang membawa kepada kesimpulan itu.

“Beliau (Najib ) telah memberikan petunjuk yang boleh dipercayai yang menunjukkan di mana pesawat itu berakhir… kedudukan yang sangat jauh, sangat jauh… dan selepas 17 hari, kami hanya boleh membawa kepada kesimpulan yang pasti ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa.

Ditanya bagaimana MAS begitu pasti, dan apakah butiran mengenai nahas itu, beliau berkata, maklumat itu akan diperjelaskan pada sidang media oleh Kementerian Pengangkutan pada Selasa.

Md Nor menafikan bahawa syarikat penerbangan itu menangguhkan maklumat untuk dikeluarkan kepada umum. Beliau menambah ia terpulang kepada pihak berkuasa untuk membuat keputusan tersebut.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya.

MH370-Keluarga-Penumpang-gs

UTAMABERITAMAS Simpulkan Semua Dalam Pesawat #MH370 Terkorban Berdasarkan Maklumat Boleh Dipercayai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium