124 Hilang Tempat Tinggal Rumah Panjang terbakar Dekat Sibu - pakdin.my

Tuai Rumah Adin

SIBU: 124 orang hilang tempat tinggal apabila rumah panjang yang mempunyai 18 pintu dan lima rumah lain di Sungai Engkalat dekat sini terbakar pagi Khamis.

Kebakaran yang berlaku kira-kira 8.45 pagi itu memusnahkan rumah panjang Rh. Adin Jawa yang berusia kira-kira 100 tahun.

Ketua Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Rashid berkata 12 anggota dari balai Sungai Merah dan sembilan anggota dari balai pusat Sibu digegaskan ke tempat kejadian, termasuk tambahan enam lagi anggota.

“Sebaik kami tiba, api sudah pun merebak. Kami dapat mengawal api pada pukul 9.53 pagi dengan menggunakan air dari Sungai Igan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata api cepat merebak kerana rumah panjang itu dan rumah yang lain dibina berdekatan antara satu sama lain.

Tiada yang cedera, kata Abdul Mutalif.

Seorang penduduk dan ketua masyarakat Iban, Pemanca Stanley Geramong berkata beliau baru selesai bersarapan di bandar Sibu dan mahu ke tempat kerjanya di pejabat daerah Sibu apabila menerima panggilan dari saudaranya memberitahu tentang kebakaran itu.

Beliau berkata nasib baik anggota bomba dapat mengawal api dari merebak ke deretan rumah panjang yang lain dan rumah milik persendirian di kawasan berhampiran.

“Kami mempunyai 70 unit rumah panjang dan rumah individu di sini. Kebanyakan penghuni adalah kakitangan kerajaan dan pekerja syarikat di bandar.

“Kami kehilangan banyak harta benda termasuk warisan tradisi,” katanya.

Beliau berkata dipercayai seorang kanak-kanak yang ditinggal untuk dijagai neneknya menyebabkan kebakaran apabila dia tidak sengaja membakar tilam di unit keluarganya yang terletak di tengah-tengah rumah panjang itu.

UTAMA124 Hilang Tempat Tinggal Rumah Panjang terbakar Dekat Sibu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium