#MH370: Kapal Cina mendengar isyarat denyut frekuensi 37.5 kHz di selatan Lautan Hindi - pakdin.my

Haixun 01
Haixun 01

Sebuah kapal peronda Cina Haixun 01 yang terlibat dalam operasi mencari pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi menemui satu isyarat denyutan pada frekuensi 37.5 kHz pada kedudukan 25 S, 101 E, lapor agensi berita Xinhua .

“Itulah frekuaensi standard beacon” bagi kedua-dua kotak hitam – perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan, kata Anish Patel, presiden pengeluar Dukane Seacom .

“Ianya sepadan!. “

Ketika ini 10 pesawat tentera dan tiga pesawat awam – sebagai tambahan kepada 11 buah kapal – meneruskan pencarian hari ini bagi sebarang petunjuk berkaitan pesawat MH370, menurut kerajaan Australia .

Kawasan carian kini meliputi kurang 84,000 batu persegi ( 217,000 kilometer persegi), kurang daripada keluasan carian pada hari Jumaat, dan akan memberi tumpuan kepada 1,050 batu barat laut Perth.

MH370-search-area-050414

UTAMABERITA#MH370: Kapal Cina mendengar isyarat denyut frekuensi 37.5 kHz di selatan Lautan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium