Tahap Kehidupan Peneroka FELDA Meningkat - pakdin.my

56 tahun selepas ditubuhkan, FELDA yang diasaskan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein, semakin jauh berbeza.

Selari dengan matlamat penubuhannya, untuk menempatkan semula penduduk luar bandar ke kawasan baru bagi meningkatkan ekonomi mereka.

Tahap kehidupan peneroka FELDA juga kini meningkat.

Peserta rancangan FELDA dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar.

Mereka diberikan tanah seluas empat hektar untuk diusahakan.

SRI SHARINNIE RIZAL/SRISHARINNIE@TV3.COM.MY
Kehidupan warga felda bertambah maju kini mereka mampu mengecapi kehidupan yang selesa disamping itu juga mereka hidup dalam keadaan yang harmoni dan muafakat,,

Felda Ulu Belitong di Kluang Johor ini boleh dilihat sebagai  FELDA yang membangun.

Ia nyata berbeza ketika peneroka ini Amir Atan, mula-mula bergelar peneroka.

AMIR ATAN/PENEROKA
Makan nasi dengan ubi masa tu felda juga tapi felda dulu susah
Saya pindah ke mari dlm keadaan rumah pun semak samun dari atas bukit sampai ke bawah kawasan tapak rumah saja yg rata

Beliau amat bersyukur dengan apa yang diperolehi kini…

Bukan sahaja peneroka yang berjaya, bahkan dapat membuka kedai menjual dan menukar alat ganti motosikal.

AMIR ATAN/PENEROKA
Kemajuan sebagai peneroka didorong oleh felda sendiri felda memberi galakan kepada kita untuk usahakan satu usaha untuk menambahkan pendapatan

Bagi  Kasnin Ghaza pula, berkat usaha sebagai peneroka dan hasil bimbingan FELDA.

Kini beliau sudah mampu membuka kedai mee dan tauhu, yang mendapat permintaan tidak putus-putus di seluruh Kluang.

KASNIN GHAZA/PENEROKA
Felda ada membantu sebidang tapak tanah untuk bangunan dan keduanya bimbingan kita pergi kursus

Ada juga peneroka menambah pendapatan dengan mengusahakan ternakan ikan, seperti Ramli Hirun.

Hasil ternakan ikan saja, beliau boleh mengaut keuntungan dua hingga tiga ribu ringgit sebulan.

RAMLI HIRUN/PENEROKA
Felda bagi saya kemudahan mendapatkan kolam macamana saya usahakan sendiri dan tak lama saya boleh berjaya

UTAMATahap Kehidupan Peneroka FELDA Meningkat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium