32.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 29, 2020

472,541 Calon Duduki SPM


+++++

472,541 calon mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, SPM siang tadi di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, 415,530 calon dari sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama manakala 7,708 calon sekolah di bawah agensi kerajaan dan 7,946 calon Sekolah Menengah Agama Negeri selain 11,309 calon sekolah swasta, 28,148 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat dan 1,900 calon persendirian.


Bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar, 30,239 petugas ditempatkan di semua pusat peperiksaan.

Calon diingatkan supaya merujuk jadual waktu peperiksaan dan mematuhi arahan semasa peperiksaan.

Sebarang perubahan, termasuk pindaan jadual atau perubahan pusat peperiksaan akan dimaklumkan menerusi media.

Bagi menghadapi kemungkinan banjir di sekolah berisiko, semua pengarah jabatan pelajaran negeri di minta menyediakan pelan tindakan alternatif dibawah Ops Payung.


+++++

+++++

Peperiksaan SPM Tidak Terganggu Akibat Banjir

Proses peperiksaan SPM tidak terganggu akibat musibah banjir yang menimpa beberapa kawasan ketika ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini kerana calon SPM yang terjejas akibat banjir sudah dipindah ke kawasan yang selamat bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan.


Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelbagai persiapan banjir sudah dibuat bagi menghadapi segala kemungkinan.

Rakyat yang terlibat dalam kawasan berisiko banjir diminta mengikut arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk dipindahkan ke kawasan lain.

Berita Berkaitan

Polis tahan Ronnie Liu, siasat kes hina Agong

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek Ronnie Liu...

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,361PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan