Lelaki Yang Tahan 30 Kanak-kanak Cedera Ditembak Polis - pakdin.my

 

30 Kanak-kanak dan empat guru yang dijadikan tebusan oleh seorang lelaki bersenjatakan tukul besi di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Serikids di Sungai Abong, Muar berjaya diselamatkan oleh pasukan Unit Tindakan Khas pada petang Khamis

Lelaki yang dipercayai menahan 30 kanak-kanak dan empat guru wanita sebagai tebusan di sebuah pusat asuhan di Taman Sungai Abong, Muar, Johor, cedera parah selepas ditembak polis.

Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata semua kanak-kanak yang berusia antara tiga dan lima tahun serta guru terbabit selamat.

Kesemua mereka dihantar ke Hospital Sultanah Fatimah untuk pemeriksaan lanjut.

Datuk Jalaluddin berkata lelaki terbabit berada dalam keadaan kritikal selepas terkena satu das tembakan di kepala.

Satu pasukan polis dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman sebelum itu bertindak menyerbu banglo dua tingkat itu selepas usaha membebaskan tebusan menemui jalan buntu.

UTAMABERITALelaki Yang Tahan 30 Kanak-kanak Cedera Ditembak Polis

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium