25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, January 17, 2021

480,000 Guru Bakal Terima Durian Runtuh – @MuhyiddinYassin

-Kira-kira 480,000 golongan guru dijangka menerima durian runtuh hasil penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, kementerian masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pengumuman itu akan dibuat sebaik saja kementerian menerima maklum balas.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru merupakan satu pertiga daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini dan skala gaji baru itu disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP).

“Sementara menunggu laporan itu, saya berharap para guru akan terus memberikan komitmen dan tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah 1Malaysia anjuran Wanita Umno di sini, Sabtu.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13% di bawah SSM.

Kerajaan memutuskan untuk membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana ia mendapat kritikan meluas di kalangan kakitangan awam.

Sebanyak 1,087 aduan dan beberapa memorandum turut diterima manakala 23 kesatuan dan pertubuhan menghantar kertas cadangan termasuk Cuepacs, NUTP, Pertubuhan Perubatan Malaysia dan Pertubuhan Akademik Malaysia.

“Ini membuktikan kerajaan sentiasa menunaikan janji kepada rakyat dan bersedia mendengar pandangan mereka,” kata Muhyiddin.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.