BEERSIH 2.0 – Gara-gara ghairah sangat…Bersih ‘ tipu’ dakwa polis lulus permit berkumpul di Stadium Merdeka - pakdin.my

 INILAH contoh taktik biasa dan spin pembangkang nak bikin gempar. Benda tidak pasti, dibesar-besarkan, dan kemudian salahkan pihak lain.

Alahai…macam tak ada modal lain penganjur perhimpunan haram Bersih membuat pengumuman palsu kononnya polis telah memberikan mereka permit berkumpul di Stadium Merdeka pada Sabtu.

Lebih mantap lagi lakonan puak-puak Bersih ini adalah apabila laman-laman berita pro pembangkang menyiarkan berita tersebut secara besar-besaran.

Manakala pemimpin-pemimpin pembangkang pula menghebahkannya melalui twitter dan facebook.

Menurut laporan tersebut, Bersih telah diminta untuk datang ke Balai Polis Dang Wangi, untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka.

Menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Tweeter, BERSIH berkata mereka diminta berbuat demikian melalui sebuah panggilan telefon.

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis BERSIH.

Sebuah portal berita menyiarkan pengakuan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat yang mengesahkan mereka telah diberikan permit berkenaan.

Bagaimanapun, Agendadaily difahamkan polis hanya meminta mereka datang untuk ambil salinan penolakan permit yang dipohon, bukan meluluskannya.

“Polis hubungi untuk berikan salinan penolakan permit,” kata sumber.

Sementara itu laman web sama juga memetik Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh menafikan polis ada keluarkan permit benar Bersih berhimpun di Stadium Merdeka.

Lebih melucukan penganjur Bersih TIDAK LAMA kemudian telah mengakui mereka silap faham semasa perbualan telefon dengan pegawai polis balai Dang Wangi.

Katanya sebenarnya surat itu adalah penolakan permit.-8/7/2011- OLEH HELME HANAFI

UTAMABERITABEERSIH 2.0 - Gara-gara ghairah sangat...Bersih ' tipu' dakwa polis lulus permit...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium